Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 18, 2011

Jangan Nak Kencing Rakyat Lagi....!!


HISHAMUDDIN , KHAIRY MAIN WAYANG UNTUK GAGAL HIMPUNAN BERSIH : AMK – keadilan daily

Perbalahan Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

“Ini semuanya wayang, sebenarnya tujuannya hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih.

“Konon-kononnya nanti Pemuda Umno tidak akan diberikan permit. Jadi mereka akan kata tidak ada sebab untuk mengeluarkan permit kepada Bersih.

“Sebenarnya kita sedia maklum tentang perkara ini. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan peserta dan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai nanti,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Khairy dalam laporan media hari ini menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan Pemuda Umno, pada tarikh dan tempat yang sama perhimpunan Bersih diadakan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Hishamuddin yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan itu.
Beliau dilapor berkata, Hishamuddin yang juga bekas Ketua Pemuda Umno boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan tetap meneruskan rancangannya, walau apa pun berlaku.

Nota:

memang ada niat nak buat huru
memang ada niat nak buat hara
tapi dah terlambat
orang ramai telah sedar
tak ada orang ambil pot

dalam surat khabar china
dilporkan menantau ayah
nak bawak 500 ribu penyokong
dalam akhar melayu berita ini tidak dilapor
mana nak raba 500 ribu
nak dapat 50 orang pun perit
kah kah kah

Kenyataan Media...!!

JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

POLIS JANGAN UGUT RAKYAT


Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.

Tindakan menangkap berbentuk pencegahan (pre-emptive) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah ? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (abuse) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.

JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (guardian of public interest). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk menghalang hak rakyat dari berhimpun!

JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."

Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat.

JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan “legal representation” kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar !!!
Sekian,

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

17 Jun 2011.
16 Rejab 1432

Jangan Jadi Hipokrit...!!


MP BN SOKONG KEMPEN ANTILOJI LYNAS - MI

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai kempen menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas yang semakin meningkat, dengan harapan sokongan mereka akan menghalang pembinaan tapak nuklear yang kekal.

Setakat ini, kempen terhadap loji bernilai RM700 juta itu di Gebeng dekat Pahang diketuai oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, dengan sokongan beberapa kumpulan tempatan dan juga dari Australia ekoran kebimbangan mengenai bahaya daripada sisa buangan yang kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja pemprosesan nadir bumi.

“Loji itu sekarang mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen BN, untuk menentang (pembinaan) loji nuklear.

“Ia seharusnya satu pendekatan bersifat dwipartisan, (tetapi) ia (kini) menjangkaui kesetiaan politik,” kata satu sumber Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Parlimen awal minggu ini.

Sumber itu menambah sudah ada kebimbangan yang semakin meningkat dalam BN mengenai faktor-faktor risiko, yang dikatakan adalah besar jika sebuah loji nuklear kekal diteruskan sebagaimana telah dirancang.

“Ini mengenai soal keselamatan penduduk Kuantan. Kita tidak tahu sejauhmana selamatnya loji itu. Lebih baik tidak meneruskan (projek itu).

“Juga ada kebimbangan kesan balas, BN akan menerima kesan dan implikasinya mungkin sangat buruk,” kata satu lagi sumber.

NOTA

tidak ada janlan lain
teruskan bantahan
tidak ada jalan lain
kumpulkan penyokong
tidak ada jalan lain
turun ke jalan raya

mari bersama 9 julai
tunjukkan kemarahan
mari bersama 9 julai
bersetiakawan menentang kezaliman
mari bersama 9 julai
bersetia mendobrak gerombolan

Jun 17, 2011

9 Julai..Tarikh Keramat Untuk Rakyat Malaysia....!!


TAHNIAH , MEDIA PERDANA IKLAN BERSIH 2.0 - HD

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Bukan senang hendak mendapat liputan di media perdana mengenai aktiviti pembangkang di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

“Nampaknya program Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai ini mendapat liputan yang meluas di kaca televisyen dan dada akhbar,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya sekalung tahniah diberikan kepada pemilik media, kerana mengiklankan program tidak berbayar.

Katanya, program Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sudah pun berjaya walaupun belum sampai masanya, kerana ia mendapat ulasan yang meluas oleh pemimpin BN.

Ini, ujarnya adalah tanda aras kejayaan rakyat yang hendak memulih sistem demokrasi di negara ini.

Menurutnya, setakat hari ini lebih daripada 400 laporan polis yang dibuat oleh Umno, cuma berlainan nama untuk menggagalkan tuntutan rakyat.

Nota:

kalau musuh terus menyerang
ertinya kamu telah melakukan
sesuatu yang betul dan tepat

jika musuh tidak menyerang
bermakna kamu membuat kerja yang salah
atau antara kamu dengan musuh
tidak ada lagi perbezaan

ini cukup bagus
hari ini semua orang tahu tentang 9 julai

tolong buat laporan polis hari hari
agar berita 9 julai akan terus di akhbar

kah kah kah

Pemuda UMNO Pun Mahu Tumpang Sekaki...Silakan....!!

PEMUDA UMNO JUGA MAHU BERHIMPUN PADA 9 JULAI - MK

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri).

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

Nota:

Pemuda UMNO akan turun bersama
pada 9 julai ini...
Ayuh di persilakan....

persolannya ?
mereka akan pakai baju apa?
Kah...Kah...Kah...

Himpunan BERSIH 2 Pada 9 Julai Ini.......!!

Rakyat Ikat Perut...Menteri Senang Lenang....!!


1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Nota :

Di atas ini adalah bukti
betapa kita semua telah dibodohkan

lihat dan baca bagaimana lanun gerombolan
kelepet duit secara resmi

ini belum dapat di hitung
komisen kapal selam
komisen lendir china doll
komisen judi halal

cuba campurkan gaji toyo
selama 8 tahun
bolehkan toyo beli rumah 6 juta ringgit

kalau pun toyo jimat semua duit elaun
setiap hari makan
makan bubur dan garam

hanya sebulan bulan puasa toyo
makan dimasjid bangsar
boleh terkumpul sebanyak itu?

kalau marah kena tipu
turun 9 julai ini
kah kah kah

Kerajaan Zalim Wajib Kita Tentang....!!


HIMPUNAN BERSIH CANGGAH NILAI ISLAM DAKWA YDP YADIM - MI

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mohd Tahir mendakwa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bertentangan dengan nilai dan etika Islam.

Selain itu menurut beliau, perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merupakan satu helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik yang lebih besar.

“Usaha itu merupakan percubaan pemimpin tersebut untuk menguji pengaruh, dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

“Pemimpin sedemikian merupakan orang yang tidak mempunyai jiwa perjuangan yang besar, mereka berminat mengadakan rusuhan kerana mempunyai agenda politik yang lebih besar,”

Nota:

pelik betul si Yadim ini
tak ada jumpa ayat ke yang kata tak boleh
menipu dalam pilihanraya

tak jumpa ayat ke
kerajaan zalim wajib di lawan?

tak jumpa ayat ke
jangan makan harta orang ramai?

tak jumpa ayat ke
kalau memimpin jangan menipu?

kah kah kah

Jun 16, 2011

Malaysia Tanahairku...!!


MALAYSIA ANTARA PALING SELAMAT – BH

Hasil kajian juga letakkan negara pada kedudukan ke-25 bebas rasuah

Kajian The World Justice Project, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa bertajuk ‘Rule of Law Index’ menunjukkan Malaysia adalah antara negara berpendapatan sederhana tinggi yang paling selamat di dunia.

Kajian yang dijalankan di 66 negara juga meletakkan Malaysia lebih selamat berbanding negara kelas pertama seperti Perancis dan Belgium.

Kajian yang mengukur sejauh mana rakyat sesebuah negara rasa selamat ketika melakukan kegiatan harian mereka, selain perasaan takut terhadap polis, menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan teratas negara paling selamat.

Malaysia juga berada pada tempat ketiga paling bebas rasuah di antara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi yang dikaji dan pada kedudukan ke-25 daripada 66 negara yang dikaji di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kajian The World Justice Project meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-18 daripada 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan pada tempat ke-59 daripada 66 negara berhubung isu hak asasi manusia.

Nota:

agaknya berapa ngo ini dapat fulus dari apco
kah kah kah

ngo ini belum baca berita ini lagi:


PESERTA BERSIH AKAN DI TAHAN – BH

Polis beri amaran keras, batal semua permohonan adakan perhimpunan

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran keras akan menahan penganjur dan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang serentak di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, pada 9 Julai ini kerana dikhuatiri tindakan mereka menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Mari Kita Berhimpun Beramai-Ramai Pada 9 Julai Nanti....!!


FACEBOOK RAKYAT MALAYSIA KUTUK BERSIH - UM

KUALA LUMPUR 15 Jun - Seramai 1,096 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berterusan mengutuk penganjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dinaungi pembangkang.

Api kebencian itu disuarakan secara terbuka dalam laman sosial Facebook melalui kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Rakyat Malaysia Tentang Demonstrasi Bersih' yang mula dilancarkan 48 jam lalu.

Mereka menyifatkan demonstrasi haram itu sengaja dicetus demi kepentingan politik pembangkang kerana jika benar sistem pilihan raya negara kotor, mana mungkin pakatan menang besar pada 2008.

Nota:

berapa juta pulak upah
buat face book ini
kelmarin kementerian bayar 1.8 juta untuk facebook
ini berapa agaknya
kah kah kah

projeeeeek kah kah kah

Kalau dua hari tak sampai dua ribu join facebook
ini peeeerit...ini sudah berat
kah kah kah