Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 26, 2010

Melayu Tidak Selamat Di Bawah UMNO...!!!

Barisan kepimpinan Islam Dunia...!!

Selamatkan Bangsa Dengan Islam - BO

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukan sahaja amalan ibadat yang tidak menepati ajaran Islam ditolak, bahkan termasuk juga dalam urusan kehidupan diri, berkeluarga dan memerintah negara.

Katanya, segala amalan yang tidak menepati ajaran Islam akan ditolak serta termasuk di kalangan yang menderhakai Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Menderhakai Allah dan RasulNya juga bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Tetapi termasuk juga dalam perkara maksiat besar, menderhakai Allah dan Rasul.

“Apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya.

“Begitu juga mentadbir dan memerintah negara tidak mengikut hukum Allah dan Rasul SAW,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Aidilahda di Masjid Rusila, Marang, 16 November lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Allah SWT memerintahkan Nabi SAW yang kasih kepada keluarga dan bangsanya memulakan dakwah menyelamatkan mereka dengan Islam.

Katanya, Islam tidak terikat dengan semangat bangsa dan keluarga kerana Islam menjadi bahtera serta wadah perjuangan hidup yang menjadi jambatan menuju ke hari akhirat.

Menurutnya, perasaan kasih kepada keluarga dan bangsa hendaklah dengan cara menyelamatkan mereka dengan Islam.

Bukannya, kata beliau menjadikan bangsa sebagai aqidah perjuangan yang disamakan dengan kepercayaan kepada Islam.

Dato’ Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada politik Islam yang tidak memisahkan dengan agama.

Ini kerana, katanya musuh-musuh Islam menggunakan senjata lama dengan meniupkan semangat bangsa bagi memisahkan politik daripada agama Islam.

“Hari ini kita melihat tanda-tanda kesedaran kembali semula kepada Islam, sehingga berlakunya seruan kebangkitan semula umat Islam.

“Maka, musuh-musuh Islam sekali lagi menggunakan senjata lama yang menjatuhkan kerajaan Islam.dengan menyebarkan semula ajaran memisahkan politik daripada agama Islam dan meniupkan semangat bangsa menjadi aqidah perjuangan.

“Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing,” tegasnya.

Menurutnya, semangat ibadat haji dan hari raya Aidiladha perlu dihidupkan dengan semangat menyelamatkan bangsa dengan Islam.

Bahkan, katanya menyatukan umat dengan Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat sunat Aidladha, Ustaz Abdul Hadi melakukan penyembelihan qurban sebanyak lapan ekor lembu di Rusila, Marang.

Manakala, sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu besar yang berharga RM11,200 seekor di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang.

Nota :

Hanya Islam yang mampu memerintah....
Islam adalah Panduan hidup kita...
Tiada lagi agama lain yang di Redhai Allah melainkan Islam...
Maka marilah kita menyokong perjuangan Islam...
Barangsiapa ragu dengan ayat Allah...Maka seolah kita ragu dengan Allah juga...
Sebagai mengaku menganut agama Islam...
Maka marilah kita bersanma Islam dalam apa jua sekalipun...
Janji Allah..Barangsiapa yang menolong agamaku...maka aku akan menolong kamu...Yakinlah....

Bila Maha Firaun Suruh Bertaubat...!!!

Anak siapa yang ada saham dalam Kilang Arak ini di filiphina..???

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum.

Nota :

Ini adalah jawapannya....

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 14 September 2009

PERLANTIKAN MIRZAN MAHATHIR SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PEMBELIAN SAHAM ARAK DALAM SYARIKAT SAN MIGUEL CORP, FILIPINA
Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak. Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:

“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak.

Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.

DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Dulu 1 Malaysia Kini 1 Agama....!!!

Baca Al-Quran Tapi Dedah Aurat..Ini pun dah kira menghina Islam....!!

Isteri Pedana Menteri Berfahaman Pluralisme? - TKO

Belum pun reda isu IFF, terkini isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua BAKTI, menganjurkan satu majlis yang secara jelas menamakannya sebagai majlis Depavali & Hari Raya Haji boleh disifatkan sebagai perbuatan menyamakan nilai kedua sambutan perayaan tersebut.

Beberapa hari lalu, timbul pula isu menyamakan taraf Hari raya Haji dengan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

“Majlis sebegini tidak wajar sama sekali diadakan, ia secara terang terangan telah menyamakan nilai dua sambutan itu, kata Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi serong ketika ditemui di sini.

Menurutnya, amalan sebegini mirip seperti amalan mereka yang berfahaman pluralisme.

Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama.

“Pihak berkuasa agama khususnya para mufti untuk memberikan pandangan yang jelas mengenai sikap Islam kepada seseorang yang mencampur adukkan perayaan Islam dengan perayaan agama lain."

"Kita khuatir tindakan beliau sekiranya tidak dimurnikan dengan segera oleh para mufti boleh menambahkan lagi kekeliruan beragama khususnya umat Islam di Malaysia, ini kerana Rosmah ialah isteri Perdana Menteri Malaysia .

Nota :

UMNO apa tahu...??
Yang UMN tahu macamaa mana nak metangkedaah duit rakyat....
Yang UMNO tahu macam mana nak tipu orang melayu...
Macam mana pemimpin UMNO nak ajar rakyat supaya beragama...
Sedangkan mereka sendiri pun tak tahu agama...
Bila pemimpin UMNO sendiri jahil agama...dah tentu rakyat akan turut jadi bangang...
Bila rakyat bangang...senanglah pemimpin UMNO nak tipu....
Kah...Kah...Kah..!!!

"Cinta Syhhh"....Astaghfirullahala'azim.....!!!


Penderitaan Batin Seorang Permaisuri, terpaksa guna 'benda itu'-TKO

"Cerita berkaitan bekas penghuni Istana Negara yang hari ini menginap di sebuah kondo semakin buas dipaparkan. Bagi saya samada ianya benar atau sebaliknya, perbuatan mendedahkan kepada umum hubungan peribadi adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan prinsip kehidupan manusia normal.

Syed Abdullah ( Gambar Kiri )yang pernah bersahabat dan melalui blognya menceritakan kononnya dia terlalu akrab dengan bekas penghuni Istana itu sehingga cintanya terhalang diperjalanan telah mendedahkan kisah silamnya!

Dato Seri : Janganlah zalimi Aisyah lagi... Aisyah mempunyai nafsu dan perasaan. Buanglah cctv didalam kondo Aisyah dan janganlah kurung dirinya serta janganlah diberi 'benda itu'.... (mama & dato seri fahamkan..). Saya akan terus 'buas' dan akan menerbitkan buku "Cinta Syyhh" ini sekiranya Dato Seri tidak berubah..

Sesiapa yang berhajat untuk memambantu Aisyah yang katanya tersiksa batin itu, pergilah ke Blok C-05-05, Desa Putra Condo,No 4, Jalan Wangsa Perdana 3,Bandar Baru Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur.


Lepaskan Cik Puan Aishah daripada ‘penderitaan zahir dan batin’ agar dapat kembali ceria dalam hidupnya sebagai manusia biasa.

Moga Allah Turut Memberi Hidayah Pada UMNO...!!!

Moga-Moga Allah Buka Pintu Hidayah kepada Sdr. Lim Guan Eng Untuk Menerima Islam...!!!

Nenek mohon hidayah untuk Obama - MK

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited." - AFP

Nota :

Marilah kita berdoa semoga UMNO di beri hidayah untuk menerima islam sepenuhnya....Amin...Amin...Ya Rabbal Alamain...!!!

Awas....PRU Dah Hampir Tiba...!!


TERKINI FB ZUNAR

Orang ramai di sekitar KLCC gempar apabila sekumpulan 20 orang polis berkelakuan aneh dan mencurigakan pagi tadi. Mereka tidak menangkap, melerai, menyembur gas atau memukul ahli2 Hindraf yang mengadakan perhimpunan di menara berkembar itu!

Nota:

Tanda tanda awal ialah bila orang india kurang mati dalam tahanan...
Tanda kedua ialah bila orang india di pelawa makan capati.....
Kah...Kah...Kah...!!

Inilah Cara Kerajaan Korun Rembat Tanah Orang Melayu....!!!

Ini pun salah satu cara...bagaimana Kerajaan korun halau orang Melayu...

BATAL PROJEK AROWANA , SELAMATKAN JELAPAG PADI – HD

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta agar projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah dikaji semula kerana mengganggu operasi penanaman padi terbesar di Perak iaitu di Daerah Kerian.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ia juga akan menjejaskan saluran utama bekalan air di Tasek Merah.

Bekalan air di Tasek Merah tersebut bukan sahaja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah melibatkan keluasan sawah 24 ribu hektar tetapi juga menjadi kegunaan harian 200 ribu penduduk setempat.

Katanya, DPPN Pk melihat sejak bermulanya projek ternakan ikan Arowana pada tahun 2000 sehingga kini, projek tersebut sudah mempunyai 3,808 buah kolam dengan jumlah 70 orang pengusaha berbanding dulu tidak sampai 10 pengusaha sahaja.

“DPPN Pk merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang,” ujarnya.

Berikutan itu, Jabatan Alam Sekitar (JPS) juga didapati gagal membanteras kegiatan mencuri air oleh pengusaha terbabit sehingga mendapati dari tarikh 15 Ogos hingga 28 Oktober 2010 menunjukan takungan air di Tasek Merah menurun sebanyak 0.2 kaki (2.4 inci) sehari.

Tambahnya, DPPN Pk melihat kekebalan pengusaha sedia ada yang telah mendapat notis dari Pejabat Tanah Daerah Kerian kerana melanggar syarat tanah namun tidak diendahkah sebaliknya kerja-kerja industri akuakultur diteruskan seperti biasa.

Malah, ujarnya JAS masih gagal untuk memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak kepada semua kolam tersebut.

“DPPN Pk dengan tegas mendesak agar keprihatinan Kerajaan Negeri Perak serta semua agensi kerajaan yang terlibat agar bertindak untuk menyelamatkan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini,” ujarnya lagi.

Nota :

Ini mesti projek cukong...mesti banyak yang masyuuk...
Macam mana kawasan pertanian...alih-alih jadi tempat pelihara ikan...

Sila siasat jabatan tanah....
Sila siasat jabatan pertanian..
Sila siasat jabtan alam sekitar...
Kemudian tengok siapa yang lulus...
tengok siapa yang tanda tangan untuk rembat tanah melayu...
lihat siapa pula pengarah syarikat arowana ini..??
Takkan ini pun SPRM tak boleh siasat...

Mana dia perginya pemuda UMNO..??
Mana pergi dengan ketuanan melayu..??
Mana dia wira-wira perkasa...
Mana dia ngo melayu perak
Ini lah cara tradisional korun merembat tanah melayu...
Kah...KahKah...Kah...!!!

Nov 25, 2010

Taubat Hanya Untuk yang Sesat & Menyesatkan...!!


Perpecahan Melayu: Mahathir Perlu Taubat Nasuha-TKO

Sudah tiba masanya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca perpecahan dan juga kemunduran masyarakat Melayu pada hari ini, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,(BIPPA), PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty dalam satu kenyataan media berkata, Mahathir sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman namun tanpa semena-mena menyalahkan PKR, kononnya menjadi penghalang kepada orang Melayu dan Islam untuk bersatu.

Justeru ujarnya, Mahathir harus segera melakukan taubat nasuha iaitu semurni-muni taubat yang harus dilakukan oleh seorang Islam.

"BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu.

"Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT," tulis kenyataan itu.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Mahathir sebagai berkata, semua pengikut PKR harus bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai Umno supaya dapat menyatupadukan semula orang Melayu yang berpecah.

Namun ujar Manuty, Mahathir tidak harus lupa bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalannya sehingga akhirnya melahirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parti yang dianggap kecil oleh Mahathir itu hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir dari gejolak kemarahan rakyat di atas kezaliman yang dilakukan beliau sendiri.

"Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun," tulis kenyataan media itu lagi.

Anwar pada tahun 1998 telah dipecat dari Umno dan semenjak itulah beliau terus diaibkan sehingga ke hari ini.

Maka menurut Manuty, sekiranya perpecahan berlaku hari ini kerana tindakan Anwar menuntut keadilan untuk dirinya, maka perpecahan itu adalah pertembungan di antara kebenaran dan kepalsuan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil," tulis Manuty lagi.

Nota :

Sebenarnya Mahathir lah yang perlu betaubat kerana beliau juga lah yang bertanggungjawab menghancurkan kekuatan bangsa Melayu dari pelbagai aspek termasuk bahasa, agama dan pendidikan di negara ini.

"Belaiu juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik Melayu,"

Nov 24, 2010

Pembangunan Kg. Baru : Ada Udang Sebalik Mee...!!!


Apa Nak Di Sembunyikan Pada Penduduk Kampung Baru - HD

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan cadangan Rang Undang-Undang Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru kepada penduduk terlebih dahulu sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Mahfuz berkata, selagi cadangan rang undang-undang itu tidak mendapat persetujuan penduduk Kampung Baru, Nong Chik tidak berhak membentangkannya di Parlimen.

“Saya nak tanya kerajaan khususnya Datuk Raja Nong Chik, apa yang nak takut sangat nak bentang cadangan rang undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini kepada penduduk-penduduk? Apa yang nak disembunyikan daripada penduduk-penduduk?

“Selagi mana pandangan daripada penduruk Kampung Baru tidak diterima, selagi itu mereka tidak berhak untuk bentang satu rang undang-undang baru mengenai Kampung Baru. Ini bukan tanah mak bapak dia,” kata beliau ketika berucap di majlis ceramah umum Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru - Rampasan atau Pembelaan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegaskan, ahli ParlimenPakatan Rakyat tetap berpendirian menolak rang undang-undang itu selagi kerajaan berkeras tidak mahu menerima pandangan penduduk.

“Komitmen kami sebagai ahli Parlimen Pakatan Rakyat, kami akan tolak rang undang-undang ini kecuali kalau penduduk Kampung Baru bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan, dan kerajaan bersedia mengubah syarat-syarat mengikut permintaan mereka,” katanya.

Turut berucap di majlis yang dihadiri lebih 200 penduduk itu ialah ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan peguam, Hanipa Maidin.

Tian Chua dalam ucapannya berkata, Kerajaan Persekutuan telah menafikan hak Kerajaan Selangor terhadap Kampung Baru sedangkan tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur.

“Tidak wajar Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Selangor untuk ambil tahu hal Kampung Baru.

“Kerajaan memang buta sejarah, buta undang-undang dan yang mereka nampak hanya wang tanpa memikirkan untuk mempertahankan Kampung Tradisi Melayu.

“Isu kampung Baru ini bukan isu penduduk sahaja, bukan isu orang Melayu, tapi isu nasional yang berpunca daripada Umno, parti orang Melayu yang ingin meminggirkan orang Melayu sendiri,” katanya yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, Nurul Izzah mendakwa, usaha membangunkan semula Kampung Baru itu menunjukkan kegagalan dasar kerajaan yang memberi kesan kepada ekonomi penduduk kawasan itu.

“Isu pembangunan semula Kampung Baru ini timbul adalah berpunca daripada kegagalan Kampung Baru dari segi ekonomi bangsa kerana dasar-dasar kerajaan sebelumnya.

“Kalau kita lihat di sekeliling Kampung Baru, adanya bangunan pencakar langit tapi di tengah-tengahnya masih terdapat kawasan yang tidak dibangunkan dalam erti kata yang sebenar.

“Ini juga berpunca daripada ketidaktelusan kerajaan dalam menguruskan tanah rezab Orang Melayu, sebaliknya hanya meahu membangunkannya kerana memikirkan keuntungan,” katanya.

Hanipa Maidin pula mempersoal tindakan kerajaan ingin mengawal selia Kampung Baru sedangkan mereka sendiri tidak bersedia untuk dikawal selia.

Katanya, tidak ada satu jaminan bahawa kerajaan akan telus dalam memastikan perbadanan Kampung Baru digunakan untuk kepentingan penduduk semata-mata.

“Penduduk Kampung Baru menentang Perbadanan Kampung Baru bukan menentang pembangunan tapi apa yang kita khuatir adalah sejarah yang dibuktikan Barisan Nasional yang berjanji kepada rakyat tetapi selalunya janji yang bohong.

“Sebab Menteri Wilayah mengatakan perbadanan ini untuk kawal selia Kampung Baru tapi persoalannya siapa pula yang nak kawal selia kerajaan?

“Kalau perbadanan ini lari dari hasrat, apa kita nak buat sedangkan kerajaan selalu menutup pintu untuk kita membawa perkara sebegini ke mahkamah,” katanya.

Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru dijangka dibentangkan di Parlimen pada bulan hadapan setelah Kabinet bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan semula Kampung Baru secara komprehensif.

Nota :

Penduduk Kg. Baru wajar di beri hak dan pandangan mereka harus di ambil kira...
Kg. Baru adalah hak mereka...
Mereka juga berhak menentukan bentuk pembangunan di situ...
Itu Kg. Mereka..ikut suka merekalah nak bangunkan macam mana...

Apa akan jadi bila rumah kita di modify oleh orang lain....??
Dah tentu kita akan marah....
Mana boleh rumah kita senang-senang nak di ubah ikut selera orang lain...

Jadi..pandangan penduduk Kg. Baru juga perlu di ambilkira...
Jangan nak berlagak macam ISA...Ikut Suka Aku...!!!
Itu dah silap...Zalim & Rakus namanya...
Betul pembangunan di Kg. Melayu....Tapi grenti Cukong yang akan dapat manafaat....
Kenapa...?? Tak Percaya Ke...??..Tengoklah nanti...!!
Kah...Kah...Kah....!!!

Zaid Ibrahim : Baik Tiada Daripada Ada....!!!



Nota :

Mungkin tidak elok didengar, tetapi ia seolah-alah menjurus kepada pengukuhan hegemoni BN, sama ada secara sedar atau tidak. Kemampuan Zaid untuk menarik sokongan agak terbatas.

Tetapi ia mungkin cukup untuk meleraikan PR, apabila Zaid menawarkan peluru untuk BN dalam keadaan PR lemah dan tenat. Lebih baik Zaid berhenti berbuat demikian, supaya beliau tidak memikul kesalahan ketika berdepan dengan sejarah.