Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 20, 2010

"ANAK HARAM" Kini Makin Ramai Di Rumah Kuning, Kertih..!!

Kertih, Kemaman - Baru-baru telah gempar satu berita terhadap kejadian melahirkan anak hasil perbuatan Zina yang kini semakin menjadi-jadi di Kertih, Kemaman khususnya di Kawasan Perumahan PAKR Kertih II atau lebih di kenali "Rumah Kuning".

Kejadian terbaru telah membabitkan seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di percayai telah melahirkan seorang bayi hasil hubungan seks bebas yang sekarang hampir sudah tidak terkawal lagi. Kejadian ini heboh di perkatakan oleh masyarakat setempat dan rata-rata menyalahkan para ibu bapa yang langsung tidak mengambil berat terhadap pergaulan bebas anak-anak mereka.

Sebelum ini telah berlaku kejadian yang sama yang berpunca daripada sikap ibu bapa mereka yang tidak mempedulikan kegiatan anak mereka gara-gara sikap bapanya yang hanya menumpukan perhatian kepada isteri barunya.

Beberapa orang penduduk di situ pernah terserempak dengan beberapa pasangan yang sedang asyik duduk bedua-duaan di kawasan gelap perumahan tersebut iaitu sekitar pukul 2 atau 3 pagi sewaktu penduduk lain sedang nyenyak di buai mimpi.

Yang peliknya Unit Kawalan Kampung (UKK) tajaan UMNO sibuk berkawal di setiap pintu masuk ke perumahan tersebut namun tindakan tersebut hanyalah di ibaratkan sebagai melepas batuk di tangga sahaja kerana mereka hanyalah berkumpul dan asyik bersembang di wakaf-wakaf sahaja tanpa membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan tersebut.
----------------------------------------------------
Kah...Kah...PATUTLAH LEPAS SATU..SATU..BALA YANG DATANG..

Kah..Kah...INILAH PADAHNYA BILA GOLONGAN JAHIL JAGA KAMPUNG....!!!

Kah..Kah...JKKK BUKANNYA TAK TAHU...TAPI SENGAJA BUAT TAK TAHU..!!

Kah..Kah...ADA SURAU PUN....CUMA BUAT TEMPAT MESYUARAT JE...!!!

Kah..Kah...KALAU CAKNA SURAU..TAK KAN LETRIK SURAU PUN KENA POTONG..

Kah..kah...BUDAK-BUDAK BERZINA PUN..JKKK BUAT RILEK JE...

Kah..Kah...BILA KELUAR ANAK HARAM...PANDAI PULAK JKKK SIMPAN RAHSIA..

Kah..kah...KALAU ADA KULIAH AGAMA...JKKK LAH YANG PALING SUSAH HATI...

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH...BILA PEMIMPIN JAHIL..RAKYAT HABIS JADI JAHAT...

No comments:

Post a Comment