Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 20, 2010

Rejim Namrud Di Nasihati Supaya Jangan Zalim Pada Rakyat..

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh (Gambar Atas Kanan) berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.
-----------------------------------------------

Woitt.....KATA NAK JAGA BANGSA MELAYU..TAPI KAU HENTAM MELAYU..

Woitt.....KELANTAN..TERENGGANU...NEGERI INI MEMANG RAMAI MELAYU..!!

Kah..Kah..BRAHIM ALI..HERO MELAYU..KENAPA TAK TOLONG MELAYU..???

Kah..Kah..DARI PERDANA MENTERI SAMPAI LAH JKKK...SEMUANYA MELAYU..!!!

Kah..Kah..PATUT MELAYU DAH LAMA SENANG..DAH LAMA KAYA..TAPI BANGSAT DAN MEREMPAT..!!

Kah..Kah..MELAYU KAT MALAYSIA..TAK UBAH MACAM PENGEMIS..MACAM PEMINTA SEDEKAH...!!!

Kah..Kah..CUKONG KAU BANTU..MEREKA BUKANNYA MELAYU..!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..PERJUANGAN UNTUK BANGSA (ASOBIYYAH ) MEMANG HARAM..

No comments:

Post a Comment