Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 17, 2010

PAS Bukan Parti Yang Kluk-Klek....

PAS tetap konsisten dengan agenda asalnya iaitu untuk menegakkan Syariat Allah di bumi malaysia ini. Rakan-rakan dalam Pakatan rakyat juga sudah sedia maklum mengenai perkara ini dan mereka tidak mempunyai masalah berkenaan perkara ini. Walaupun DAP pada mulanya agak lantang mengkritik hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud namun hasil kesabaran dan siri penerangan yang telah di berikan akhirnya DAP telah memahami dan menghormati hasrat PAS ini di atas semangat setia kawan dalam PR

Malah yang menjadi batu penghalang kearah usaha ini hanyalah UMNO sahaja yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu dan agama Islam. Justeru itu satu kenyataan telah di keluarkan oleh Timb. Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu iaitu Ybhg. Ust. Abu Bakar Abdullah telah menyatakan bahawa PAS tetap dengan pendirian asalnya untuk terus laksanakan hukum hudud jika di beri mandat untuk memerintah negara ini dalam PRU ke 13 nanti. Kenyataan ini juga sebagai menjawab kepada satu tulisan atikel dalam sebuah akhbar arus perdana yang mana telah melabelkankan kononnya PAS tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan Hudud dan hanyalah mengikut keadaan iklim (cuaca) semata-mata.
----------------------------------------------------
Kah...Kah...PARTI SEKULAR MACAM UMNO MEMANG LAH TAKUT DENGAN HUDUD...!!!

Kah..Kah...KALAU PAS MENANG..CUKONG DAH TENTU TAK BOLEH CARI MAKAN..!!!

Kah..Kah...CINA, INDIA DAH LAMA FAHAM APA ITU HUDUD....CUMA UMNO JE YANG BANGANG DAN SENGAJA BUAT TAK FAHAM..

Kah..Kah..KALAU ADA HUDUD....DAH LAMA KITA TAHU SIAPA YANG BUNUH ALTANTUYA ...

Kah..Kah...KALAU ADA HUDUD...ENJIN JET F5E DAH TENTU TAKKAN HILANG...

Kah..Kah...KALAU ADA HUDUD...DAH LAMA MADEY KENA SEBAT 80 ROTAN KERANA MEMFITNAH...

Kah..Kah...KALAU ADA HUDUD...DR. MASHITAH PUN KENA NGUCAP SEMULA...

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...HUDUD BUKANNYA MILIK PAS TAPI MILIK ALLAH...

No comments:

Post a Comment