Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 18, 2010

Keluarga Ketua Penyamun Sarawak Hidup Kaya Raya ...!!!

Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?MKini

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.


Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (Atas) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.

Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (Atas).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (Bawah).
-----------------------------------------------------------------
Kah...Kah....INILAH SEBABNYA RAKYAT SIBU TOLAK SI TAIB NI...!!!

Kah...Kah....PEMIMPIN HIDUP DI RUMAH MEWAH....RAKYAT HIDUP DI GIGI AIR JE...!!!

Kah...Kah....AGI HIDUP AGI NGELABAN...!!! RUPA-RUPANYA RAMAI YANG MASIH BANGANG...!!!

Kah...Kah...KAIS PAGI MAKAN PETANG..KAIS PETANG TAK TAU NAK MAKAN BILA....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....BN MAKIN SUKA KALAU RAKYATNYA MAKIN JAUH DARI ISLAM..SENAG NAK BODOHKAN MEREKA...

No comments:

Post a Comment