Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 1, 2010

Biar Rakyat Papa Kedana.. Asalkan Rosmah Glamour....!!!


PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York MKini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke New York, April lalu meskipun disdesak supaya berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Dalam jawapan bertulisnya kepada N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Najib mengelakkan daripada memberikan sebarang jumlah.

"Kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan Datin Seri Rosmah adalah termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk perdana menteri, selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri perdana menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.

Gobalakrishnan yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kurang tepat itu, cuba menimbulkan perkara berkenaan dengan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagaimanapun, Pandikar menjawap Aturan Dewan tidak memberikannya kuasa untuk menilai 'kualiti' jawapan menteri dan sehubungan itu, beliau tidak boleh bertindak.

Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York pada 16 April.

Majlis itu juga dihadiri oleh bintang filem antarabangsa seperti pelakon pemenang Oscar, Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.

Ketika mahlis itu, Rosmah diberikan anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada US Business Council for International Understanding (BCIU).

Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan Internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.

Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.

Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'wanita pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan untuk Raja Permaisuri agong.

Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya berkata iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan. Bagaimanapun majlis berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut.

Bercakap kepada wartawan, Gobalakrishnan berkata kerajaan harus telus dan mendedahkan kos sebenar perbelanjaan Rosmah.

"Sebelum ini, mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri perdana menteri. Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar,” katanya.

"Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya. Rakyat seharusnya tahu berapa yang dibelanjakan oleh isteri PM.
-------------------------------------------------------
Woittttt.....KALAU MACAM NI...IDRIS JALA PATUT KENA KIRA SEMULA....!!!

Kah...Kah....KALAU MACAM NI...2 TAHUN LAGI NEGARA PASTI BANKRAP....!!!

Kah...Kah....OPPPSS...TAK BOLEH SEBUT BANKRAP..NANTI KENA SAMAN....!!!

Kah..Kah.....IDRIS JALA CAKAP 9 TAHUN LAGI..NEGARA AKAN BANKRAP KALAU SUBSIDI PADA RAKYAT DI TERUSKAN...!!!

Kah...Kah...IDRIS JALA MUNGKIN TAK NAMPAK ...BERAPA DUIT NEGARA HABIS UNTUK PARTI ROSMAH...!!!

Kah...Kah...KALAU DI MASUKKAN SEKALI DUIT BELANJA PARTI ROSMAH...2 TAHUN LAGI MALAYSIA BAKAL MUFLIS...!!!

Kah...Kah...KALAU MASUKKAN SEKALI DUIT UNTUK BAYAR IKLAN ROSMAH...SETAHUN DARI SEKARANG MALAYSIA AKAN JADI PAPA KEDANA....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...SEBAB ITU UMNO MARAH SANGAT PADA LIM GUAN ENG BILA BELIAU CUBA NAK TERAPKAN CORAK PEMERINTAHAN KHALIFAH OMAR ABD. AZIZ DALAM PENTADBIRANNYA....

No comments:

Post a Comment