Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 21, 2010

Melayu Dah tak Ada Apa-apa...Hanya Ada Songkok Tinggi...!!!


KOUTA 30% SAHAM BUMIPUTERA TEALAH DIHAPUS, NOR MOHD YAKCOP – merdeka review

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro.

Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.
------------------------------------------------------------
Kah....Kah....NASIB BAIK BERITA INI DALAM BAHASA CHINA…

Kah...Kah...KALAU TIDAK GENG SONGKOK TINGGI TENTU GELABAH….

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....KESIAN KAT UMNO DOK SYOK SENDIRI DENGAN KETUANAN MELAYU....TAK SEDAR YANG MELAYU HANYA TINGGAL SONGKOK TINGGI SAJA....

Nota:

Inilah cara UMNO selama ini memerintah
Pada India cakap nandek
Pada China cakap kong ka likong
Pada Melayu cakap ketuanan melayu
Nasib baik ada internet
Semua sudah bocor
Yang tinggal hanya songkok tinggi...Kah...Kah.....Kah

No comments:

Post a Comment