Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 10, 2010

Undang-Undang Tak Penting...Yang Penting Power...!!!


PM, AG tak hadir sidang undang-undang -MKini

Majlis Peguam hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan menghadiri persidangan undang-undang selama tiga hari pada 29 hingga 31 Julai di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed (kanan), telah mengesahkan kehadiran mereka.

Timbalan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan), ketika dihubungi, mengesahkan Najib dan Abdul Gani tidak akan hadir meskipun jemputan diedarkan awal sebelum ini.

"Kami menerima surat daripada pejabat Perdana Menteri memaklumkan yang beliau akan ke luar negara. Bagaimanapun kami tidak diberitahu sebarang sebab daripada Abdul Gani," kata Lim.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan kehadirannya.

Lim, yang mempengerusikan jawatankuasa yang menganjurkan persidangan antarabangsa itu berkata buat kali pertama pemimpin daripada parti politik yang tidak sehaluan itu dijemput.

"Majlis Peguam adalah pertubuhan bukan politik. Justeru, tahun ini, kita menjemput pemimpin dari kerajaan dan juga pembangkang,” katanya.

Ditanya berhubung 'cakap-cakap' di Twitter, kononnya Najib (kiri) dan Abdul Gani (kanan) menolak jemputan itu kerana kehadiran Anwar, Lim berkata beliau tidak boleh berkata ia sebagai alasan berkenaan.

"PM tidak bersemuka dengan saya dan memberitahu sebab yang beliau tidak akan hadir. Beliau hanya memaklumkan yang dia akan berada di luar negara ketika itu,” katanya.
-----------------------------------------------------------------
Woitttt.....MEMANG MAT MONGGOL TAK AKAN DATANG....SEBABNYA IALAH....

Kah....Kah...SEBAB YANG PERTAMA...KERANA TAK NAK BERSEMUKA DENGAN DS ANWAR....!!!

Kah..Kah....SEBAB KEDUA...MAT MONGGOL SENDIRIPUN TAK IKUT UNDANG-UNDANG...

Kah...Kah....SEBAB KETIGA...DIA DAH BERKUASA...UNDANG-UNDANG MESTI KENA IKUT TELUNJUK PENGUASA...!!!

Kah...Kah...BUAT APA DIA PERGI KE PERSIDANGAN UNDANG-UNDANG...???

Kah..Kah....MAT MONGGOL KATA..BERSIDANGLAH SEPUAS-PUASNYA....TAPI KAU TETAP KENA IKUT AKU PUNYA KUASA...

Kah..Kah....BUNG MOKHTAR ANTARA PANEL YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENGGUBAL UNDANG-UNDANG PUN TAK IKUT UNDANG-UNDANG...!!!

Kah..Kah....UMNO BN TAK HAIRAN DENGAN UNDANG-UNDANG...CUMA YANG DIA BIMBANG IALAH KUASA..IAITU KUASA RAKYAT...

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....MACAM MANA RAKYAT NAK IKUT UNDANG-UNDANG...SEDANGKAN PEMIMPIN SENDIRI TAK IKUT UNDANG-UNDANG CIPTAANNYA...

No comments:

Post a Comment