Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 24, 2010

Melayu Kini Berkerat Rotan Dengan UMNO/BN......!!!


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya Umno akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat melihat bagaimana sistem yang diwujudkan menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umnoputra.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara ini bahkan Umno-BN juga melakukan diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik.
"Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini," tegas Abdul Hadi dalam blog rasminya Jumaat lalu.

Beliau berkata permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi daripada kongres ekonomi anjuran parti itu 14 Ogos lalu adalah satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara ini.

Keadaan ini, kata Abdul Hadi, bertambah rumit apabila MCA menjadi parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

Kegagalan ini juga turut dikongsi bersama oleh MIC.

Justeru itu beliau menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini bertenang dan menilai dengan adil usaha meniup api perkauman yang kini saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN.

Abdul Hadi juga mengajak seluruh rakyat terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk lakukan perubahan dan keluar daripada politik songsang mainan Umno-BN.

"Dengan ini kita akan sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia," ujar beliau lagi.

Nota :

Selamat Jalan Romeoku...UMNO...
Aku bencu..Aku benci...Pada mu...
Kah...Kah...Kah...!!!

No comments:

Post a Comment