Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 19, 2010

1 malaysia Duit Di Utamakan...Rakyat Di Dungukan...!!!


Hospital Dungun Di tangguh Lagi - BO

KUALA TERENGGANU - Pembinaan hospital baru bagi menggantikan Hospital Dungun yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini terpaksa ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abdul Rahman Mokhtar berkata, ini berikutan peruntukan bagi pembinaannya masih belum diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kerajaan negeri mengklasifikasikan projek tersebut sebagai keperluan yang amat mendesak dan berharap permulaan RMK-10 dapat memberi keutamaan kepada projek tersebut," katanya dipetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian berikutan rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an.

Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu.

Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.

Menurut Abdul Rahman, urusan pengambilalihan dan pembayaran sebidang tanah di Kampung Che Lijah sebagai tapak pembinaan hospital baru telah selesai dilakukan.

Nota :

Sikap UMNO/BN memang macam ni....
Kalau berbelanja untuk kebaikkan rakyat...memang di lengahkan
Kalau soal pungut cukai dari rakyat..memang cepat...
Tak cukup dengan cukai...saman rakyat...
Semuanya untuk mengambil duit dari rakyat...
Jadi..kepada seluruh rakyat...marilah kita tukar kerjaan yang ada...
Kepada part baru iaitu ..PAKATAN RAKYAT...!!!
Yang ini berulah betul-betul dapat membela rakyat...!!!!

No comments:

Post a Comment