Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 19, 2010

Watimang..Watimang ..Landak....!!!


KUALA TERENGGANU - Sebuah kerajaan yang baik, melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat berdasarkan suatu 'justifikasi' (pertimbangan), projek tersebut adalah diperlukan oleh rakyat dan memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.

Namun begitu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal Dr Alias Razak, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said hanya melaksanakan pembangunan berdasarkan 'ikut suka aku'.

"Betapa kerajaan Umno/BN pimpinan Ahmad Said buat kerja (pembangunan) tidak ada suatu pertimbangan. (kalau) dalam istilah pentadbiran(nya) tidak ada justifikasi., dia buat ikut suka dia,

"apabila nak buat projek dalam (satu-satu) pentadbiran, kita buat justifikasi dulu, harga satu hal, tapi kepentiingan dan keperluan projek (itu) untuk rakyat, itu adalah (amat) penting,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga PAS Cawangan Tuan Mandak dekat sini semalam.

Menurutnya, sekiranya projek itu adalah perlu dan penting kepada rakyat, tidak kira samada mahal atau murah, jimat atau tidak menjimatkan, sesuatu projek itu mestilah dilaksanakan.

Beliau yang juuga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menegaskan, walaupun mungkin kos projek tersebut lebih mahal sebanyak RM50 juta tetapi ia menyelesaikan masalah rakyat, maka kerajaan mesti melaksanakannya.

"(Projek) yang menyelesaikan masalah rakyat, yang rakyat perlu sangat, kerajaan mesti kena buat, itulah namanya justifikasi dan sepatutnya rancangan kerajaan bergantung kepada justifikasi ini,

"keperluan rakyat diutamakan, bukan keperluang kroni, bukan peluang untuk mengaut kekayaan untuk 'aku', kerana projek ini boleh ke orang, tak boleh ke aku, aku batal hok orang, bukan (begitu) sebenarnya,"tegasnya.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Said, Menteri Besar membatalkan projek pembinaan jambatan dari Losong ke Pulau Sekati dan terus ke Teluk Pasu adalah satu contoh keputusan kerajaan yang tidak ada justifikasi.

Selain itu, pembangunan gerai jualan buah di Batu Enam atas rezab jalan menunjukkan kerajaan gagal mengambil kira kepentingan rakyat, menjadikan pekan tersebut bertambah sesak

Nota :

Itu baru masalah projek....tak masuk lagi masalah agama...
Masalah Hukum-hakam pun UMNO Terengganu juga gagal untuk menjustifikasi secara yang betul...
Gagal untuk justifikasi sesuatu perkara berpandukan kepada Al-Quran,Hadis & Qias...
Semuanya main hentam ikut akal sendiri...
Tak boleh nak beza samada yang halam atau haram....

No comments:

Post a Comment