Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 29, 2010

Ramalanku Benar Belaka....!!!


Kertas Siasatan BPR Sahkan ADUN Kulim Di Tawar RM 5 Juta - HD

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee , Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Nota :

Entah apa pulak Zul Nordin nak cakap...
Tapi kita dah dapat agak..apa yang Zul Nordin akan cakap...
Saya keluar PKR..Bukan kerana nakkan duit...
Saya keluar PLR....sebab saya adalah pejuang islam tulen...
Kah...Kah...Kah....!!!!

No comments:

Post a Comment