Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 30, 2010

Saiful Mungkin Liwat Tiba di Mahkamah....!!!


Kereta Saiful Bukhari dicuri di Medan Tuanku -MK

Kongsi 141Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam.

Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.

Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.

"Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.

"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini.

Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.

"Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter.

Nota :

Kepada pencuri kereta Waja WLG9170...di harap dapat memulangkan semula kereta tersebut kepada tuannya...kerana tuan kereta ada perbicaraan kes liwat di mahkamah...!!! Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment