Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 30, 2010

Ku Li Adalah Talian Hayat BN Di N45 Galas....!!!


DUN Galas: Ku Li dilantik pengarah pilihan raya UMNO/BN-UM

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Harun dakwa Ku Li sokong calon Pas di DUN Galas-UM

KUALA TERENGGANU 29 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik.

Biasanya dia melihat suasana dan realiti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini. - Bernama
-------------------------------------------------------------
Woittttt.....INI BARU HEBAT....TAK PAYAH MESYUARAT....TERUS BAGI KUASA....!!!

Kah...Kah....BARU KAU TAHU KU LI NI SIAPA....

Kah...Kah....INI MENUNJUKKAN BAHAWA PAS AKAN MENANG SELESA DI GALAS....

Kah...Kah....PENGUNDI ASLI DI DUN GALAS TAHU WALAUPUN KU LI UMNO TAPI NALURINYA ADALAH PADA PAS...

Kah...Kah...KU LI MEMANG TAHU UMNO MEMANG JAHAT DAN AMALKAN RASUAH...!!!

Kah...Kah....UMNO MEMANG JENIS MUKA TAK MALU...KAU HENTAM KU LI...KAU TIBAI KU LI....SEKARANG TERHEGEH-HEGEH MINTA TOLONG PADA KU LI.......

Kah...Kah....AMPUN KU...PATIK HARAP KU FIKIRLAH MASAK-MASAK YE....

Kah...Kah....TAK KAN KU NAK TOLONG ORANG JAHAT...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KITA KENA INGAT...RAMBUT MEMANG SAMA HITAM...TAPI HATI LAIN-LAIN...HATI KU LI MEMANG PADA PAS.....ALLAHUAKBAR.....!!!

No comments:

Post a Comment