Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 30, 2010

Ya Allah...Bala Apa Pulak Yang Kau Turunkan Ni...!!


Tasik Kenyir kawasan bebas cukai 2012 - MK

Kongsi 0Terengganu akan maju setapak lagi apabila tasik buatan manusia, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu akan menjadi kawasan bebas cukai mulai tahun 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu hari ini, beliau berkata Tasik Kenyir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya.

Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir.

Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta.

Ahmad berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong.

"Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir," katanya. - Bernama
-------------------------------------------------------------
Woittttt......YA ALLAH...JAUHKAN KAMI DARI BALA MU YA ALLAH....

Kah....Kah....BUAH ANGGUR TASIK KENYIR PUN BELUM KELUAR HASIL LAGI..KELUAR PULAK PROJEK BARU....

Kah...Kah....POKOK UBI GADONG BELUM PUN BERBUNGA LAGI...NAK BUAT KAWASAN BEBAS CUKAI PULAK...

Kah...Kah....BERUNTUNGLAH ORANG KUALA BERANG ...BELI BARANG MURAH SEBAB TAK KENA CUKAI...

Kah...Kah....ABANG MAT KITA MEMANG OTAK KREATIF DAN AMAT INOVATIF.....

Kah...Kah....DALAM HUTAN POKOK GELANG DI KIJAL PUN...ABANG MAT BINA PASARAYA GIANT...

Kah...Kah....KITA TAHU SEKARANG ABANG MAT DAH KAYA...DUIT ROYALTI DENGAR DAH DAPAT...

Kah...Kah...KALAU MACAM TU...GANTI LAH BALIK MASJID BUJAL TU....

Kah...Kah...BUKAN MACAM DERIH...MUKA JE HANDSOME TAPI TAK CERDIK...

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...UMNO BUAT PROJEK MEMANG IKUT SUKA KEPALA OTAK MEREKA SAJE...BUKAN FIKIRKAN UNTUK RAKYAT....!!!

Nota :

Mat Said kata...antara sebab dia buat projek tanaman ubi gadong kerana...
Arwah maknya dulu suka tanam ubi gadong...
Derih Jusoh Pun begitu juga....
Arwah ayah saya pernah bagi pada saya replika masjid kristal...
Sebab itu saya nak buat projek masjid kristal...

Cukuplah....bodohkan melayu....
Dah terlalu ramai sangat melayu yang bodoh....
Mana tak bodoh...belajar dah lah malas..dok asyik hafal jawapan saja...
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment