Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 16, 2010

Bajet 2011 Adalah Bajet BN Yang Terakhir....!!!


Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama "Rosmah" dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% - antaranya, pewarna rambut. Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.

Nota :

Apa yang menarik, istilah "rasuah" langsung tidak disebut dalam teks ucapan Najib Razak yang setebal 45 muka surat hari ini. Jadi, agak jelas untuk kita - sejauh manakah iltizam kerajaan Najib untuk membanteras rasuah, jikalau dinilai dari teks ucapan tersebut.

Berbalik kepada persoalan, apakah ekonomi Malaysia akan meluncur semula di landasan yang betul dengan pembinaan menara 100 tingkat, pada masa yang sama enggan meneliti masalah rasuah yang berleluasa di Malaysia?

No comments:

Post a Comment