Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 16, 2010

Berita Baik Buat "Puppet" UMNO.....!!!


Elaun pengerusi JKKK, imam naik hampir 100 peratus - MK

Kerajaan akan menaikkan hampir 100 peratus elaun bulanan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP, Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kadar elaun bulanan mereka dinaikkan kepada RM800 berbanding RM450 sekarang.

"Sejak dulu, kini dan selamanya, jasa golongan pemimpin masyarakat tidak pernah dilupa," kata perdana menteri ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Bagi memastikan eluan itu dinikmati oleh semua ketua kampung, katanya, ia turut diberikan kepada pengerusi jawatankuasa kampung baru rangkaian dan pengerusi jawatankuasa kampung bagan.

"Kerajaan juga akan menaikkan eluan kehadiran mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa dari RM30 kepada RM50," katanya.

Di samping itu, katanya, elaun bulanan bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750.

"Manakala imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 berbanding RM500 berkuatkuasa Januari 2011," tambahnya.

Nota :

Nanti kita akan tengok jawatan JKKK akan jadi makin panas & jadi rebutan....
Maka akan tambah lah lagi puak-puak di peringkat UMNO kampung...
Rakyat jelata macam biasa akan terus terlopong....
Sebab JKKK dok sibuk berebut jawatan....
Bagi JKKK yang memang kaki tikam nombor ekor ini berita yang amat di nanti-nantikan...
JKKK kaki judi pun terharu dengan pengumuman ini...
JKKK kaki golok...macam biasa mungkin jadi makin kerap ke sana...
Walauapa pun JKKK terus akan jadi "puppet" UMNO sampai ke mampus...!!!!

No comments:

Post a Comment