Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 16, 2010

Ragu Dengan Ayat Allah...Macam Ragu Dengan Allah Jugak...!!!

Hukum Persenda Kita Allah Al-Quran Serupa Persenda Allah Juga...!!!

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium - MK

Kongsi 0Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya.

Nota :

Nampak nyata yang UMNO memang tolak Al-Quran...
Di Dalam Al-Quran semuanya ada...
Rujukan tertinggi bagi orang Islam...
Rosmah ni agama apa...???
Rela dapatkan nasihat dari kafir laknatullah....
Sedangkan benda alah ni boleh di rujuk dalam Al-Qurna & Hadis....
Di sini jelas kepada kita Rosmah seolah-olah ragu dengan kalam Allah...
Ragu dengan kalam Allah...macam ragu dengan Allah juga...
Barangsiapa ragu dengan Allah...Confirm ianya telah kufur pada Allah...
Balasan orang yang kufur pada Allah...Neraka jahanamlah tempat mu...
Maka tepuk dada tanya iman....Wanauzubillahiminzalik...!!!

No comments:

Post a Comment