Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 10, 2010

Bukti UMNO Sabah Makin Naif....!!!


Puteri Umno Sabah lelong pakaian terpakai -MK

Kongsi 0Puteri Umno Sabah mensasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya RM12,500 melalui jualan lelong pakaian terpakai untuk tabung mangsa bencana banjir di Pakistan.

Ketuanya Musliati Moslimin berkata kempen jualan lelong tersebut dijalankan serentak hari ini di seluruh bahagian negeri Sabah di mana setiap bahagian dijangka mengumpulkan sasaran minimum RM500.

"Kempen mengisi Tabung Prihatin Puteri Umno Malaysia ini juga dijalankan di negeri-negeri lain, tapi bagi Sabah kami memilih untuk melakukan jualan lelong.

"Kami akan menyerahkan kutipan pada 20 Oktober ini semasa perhimpunan agung Umno kepada Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin," kata Musliati yang juga Ketua Puteri bahagian Kota Kinabalu ketika ditemui di gerai jualan lelong bahagiannya di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pagi tadi.

Musliati berkata berdasarkan sambutan hangat kempen ini, bahagiannya juga berhasrat untuk meneruskan kempen jualan lelong di masa hadapan bagi mengutip tabung untuk golongan-golongan yang memerlukan. -Bernama

Nota :

Lelong Baju ke lelong apa....???
Takkan lelong baju aje...
Ada ke orang nak beli baju ketua peturi UMNO....???
Tanya Bik Mama...mungkin ada saiz yang sepadan....
Kah...Kah.....Kah....!!!

No comments:

Post a Comment