Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 8, 2010

UMNO Baru Terkejut Dari Mimpi....!!!!


Pemuda Umno: P'raya Galas umpama 'peperangan'-MK

Pemuda Umno Kelantan dan bahagian Gua Musang telah diarahkan membuat kajian sikap di kalangan pengundi di DUN Galas, yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil 4 November ini.

"Kita mengggerakkan penuh jentera Pemuda. Dan kita menunggu apa-apa arahan tambahan dari pengarah pilihan raya (Tengku Razaleigh Hamzah) selepas ini," kata setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Datuk Megat Fairuz Megat Junid.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana "ia adalah ebahagian daripada strategi pergerakan itu" dalam menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

"Pilihan raya kecil (Galas) boleh diumpamakan seperti peperangan. Kita tidak boleh maklumkan kekuatan sebenar (kita)," katanya ketika ditemui Malaysiakini di majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Umno di PWTC di ibunegara petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman pada 27 September lalu akibat penyakit barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang - yang diwakili oleh Tengku Razaleigh bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

Mengulas lanjut, Megat Fairuz yakin dengan kemampuan BN untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS dalam pilihan raya tersebut kali ini.

Dalam majlis itu juga, ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - menyampaikan anugerah khas kepada bekas ketua ketiga-tiga pergerakan tersebut. Ia disampaikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memimpin Pemuda Umno, tidak disenaraikan.

Ditanya mengenainya, Megat Fairuz berkata pergerakan itu tidak menafikan bahawa ketua umum PKR itu pernah "membuat kebaikan kepada Umno" sewaktu beliau memimpin pergerakan itu suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, katanya, oleh kerana Anwar telah meninggalkan Umno dan memimpin PKR, maka "tidak sesuai" beliau menerima anugerah khas tersebut.

"Sedangkan (pemimpin Pemuda) yang lain-lain setia dengan parti. Sempena dengan cogan kata Umno, bersatu, bersetia dan berkhidmat...

"Di saat anugerah ini (diberikan), beliau tidak lagi bersama dengan perjuangan Umno. Kategori kedua itu (iaitu) bersetia, sudah tidak ada," katanya.

Nota :

Lama betul UMNO tidur....
Dah nak masuk 12 kali PRK di adakan...
Baru sekarang nak mengaku bahawa menyertai PRK di ibaratkan seperti berperang....
Ini menandakan bahawa UMNO selama ini tidur dan tak buat apa-apa....
Kalau nak berperang biarlah secara gentlemen....
Kalau parti mestilah lawan dengan parti...
bukannya parti melawan kerajaan....

No comments:

Post a Comment