Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 21, 2010

UMNO Takkan Berhenti Tipu Melayu....!!!


Jangan Berhenti Pertahan Hak Istimewa Melayu MS

KUALA LUMPUR: Perjuangan mempertahankan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera bukan sahaja menjaga kuota, hak dan lesen semata-mata tetapi perjuangan ini perlu diteruskan sehingga bangsa itu boleh bersaing di persada antarabangsa.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Melayu di negara ini perlu menggunakan hak istimewa tersebut sebaik-baiknya dan melihat dari sudut perspektif baru tanpa mempertikaikan hak-hak kaum lain.

Menurutnya, walaupun Umno terus mempertahankan kepentingan Melayu, kaum-kaum lain tidak perlu bimbang kerana Umno sedar bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan berjanji hak-hak kaum lain terus terpelihara.

“Kepada kaum lain, jangan salah anggap, Umno menjaga kepentingan hak bangsa Melayu dalam konteks kenegaraan, iaitu hak-hak kaum lain tidak akan diganggu.

“Kepada orang-orang Melayu juga, inilah masanya untuk kita melihat ke hadapan dan berubah serta keluar dari kepompong lama supaya Melayu boleh bersaing ke peringkat global,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Agung Umno Ke-61 pada Khamis.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menegaskan bahawa hak istimewa Melayu tidak boleh dirampas atau dicabar oleh mana-mana pihak kerana ia perlu melalui Majlis Raja-Raja dan mendapat sokongan seluruh rakyat.

Katanya lagi, tugas menjaga keamanan dan keharmonian negara bukan sahaja terletak dibahu orang Melayu sahaja tetapi tanggungjawab tersebut perlu juga dipikul oleh kaum-kaum lain.

Nota :

Kita sebagai orang melayu kena faham betul-betul....
Jangan terlalu taksub dengan dakyah UMNO...
Hak keistimewaan orang melayu memang sudah terjamin dalam perlembagaan...
Siapa yang memerintah...Hak orang melayu tetap terjamin...
Walaupun UMNO dah jadi arwah...orang melayu masih tetap dominan...
Kita kena celik...jangan jadi jumud....
Selama UMNO tadbir orang melayu...Mana kedudukan orang melayu...
Selama 53 tahun UMNO mentdbir Melayu...melayu makin hari makin layu...
Ini menunjukkan UMNO telah mengkhianati orang melayu...
Maka kita kena sedar bahawa...kedudukan orang melayu bukannya bergantung pada UMNO....
UMNO sudah pasti akan mati...tapi melayu tetap takkan hilang di tanah melayu....
Maka kita jangan bimbang dengan arwahnya UMNO...biarlah dia bersemadi buat selama-lamanya...
Apa yang penting...kita tak perlu risau tentang melayu...kita kena dan wajib menjaga kedudukan Islam khusunya di tanah melayu...

No comments:

Post a Comment