Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 15, 2010

BTN Adalah "Puppet" Ketuanan Melayu....!!

Biro Taik Negara..!!

PEMIMPIN PELAJAR UITM DIASAK DENGAN SEMANGAT MELAYU –HD

Ke manakah hala tuju Umno dan Barisan Nasional sebenarnya? Untuk penyatuan segala bangsa di Malaysia melalui projek satu Malaysia atau terus dengan sentimen ketuanan Melayunya?

Ini kerana, ketika Najib Razak bercakap di pentas politik dengan slogan satu Malaysia, para pemimpin lain dalam Umno termasuk dalam kerajaan sendiri terus tenggelam dalam retorik Melayunya.

Khamis lepas, kira-kira 500 para pemimpin pelajar dari kampus UiTM seluruh negara dihimpunkan dalam satu program yang disifatkan oleh para peserta program itu sebagai usaha untuk 'mengUmnokan' mereka.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tinggi itu turut disertai oleh menterinya Khalid Nordin dalam satu majlis makan malam bersama peserta.

Ia diadakan di kampus UiTM Shah Alam dengan asrama Mawar menjadi tempat penginapan semua pelajar ini sepanjang lima hari tersebut.

Walaupun dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam, hampir kesemua programnya diuruskan oleh Biro Tata Negara (BTN).

Nota:

Apa komen pemuda MIC..?
Apa komen pemuda MCA..?
Atau berita ini sengaja tidak dilapor dalam akhbar china ?

Kah...Kah...Kah...macam macam telah dibuat...!!
Untuk apa..?? Untuk terus berkuasa
Kah...Kah...Kah...

No comments:

Post a Comment