Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 15, 2010

I Love You... Daddy...!!

Bapa pohon Agong percepat kes liwat anaknya -MK

Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di Kuala Lumpur ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada jam 3 petang.

Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

Nota :

Ish...Ish...teruk betu la mamat ni...
Kalau desprate pun...bersabarlah sikit...
Tak kan benda macam ni pun nak libatkan Agong...
Jangan bimbang...dan tak payah dok risau...
Mahkamah akan jalankan tugas mereka sebaik yang mungkin...
Bila libatkan Agong..dah macam menghina mahkamah la pulak...
Keputusan mahkamah mesti ada yang salah dan tak bersalah...
Keputusan hakim tiada yang seri...
Tapi kena ingat jugak...hakim pun manusia makhluk ciptaan Allah....
Ada perasaan macam kita...boleh bezakan yang betul dan yang salah...
Hanya Allah saja yang dapat palingkan hati manusia untuk kebenaran...
Kena Ingat tu...jangan lupa pulak...
Kah...Kah...Kah...!!

1 comment:

  1. kamsen Bro... kamsen punya hal.. lambat deliver lambat dapat kamsen..

    ReplyDelete