Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 15, 2010

Pilihanraya Adalah Retorik Semata-Mata...!!

Macam-macam cara UMN/BN akan buat untuk mempertahankankuasanya...menipu..mengugut...hatta membunuh pun mereka sanggup...!!

PAS RAMAL BN AKAN RAMPAS KUASA JIKA TEWAS PRU13 - MI

Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata kenyataan Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?” katanya lagi.

“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,” kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

Nota:

Pilihanraya kalau boleh mengunbah sesuatu pasti dah lama pilihanraya di haramkan dimalaysia

Kalau nak berkumpul bertiga pun di kira salah kerana menganggap ini adalah perhimpuanan haram dan akan di tangkap !!!
Apakah mungkin BN akan menyerahkan putrajaya kepada pakatan rakyat jika mereka tewas..?

Jawapannya adalah mustahil...!!!

Buktinya telah ada dan sedang ada...
Undi pos sedang dirancang..rela pun jadi undi pos...
Isteri dan anak rela pun di kira undi pos
Doktor , bomba & wartawan juga di kira undi pos
Semua sedang di rancang untuk dijadikan undi pos
Mungkin pos opis pun akan menjadi undi pos...
Kah...Kah...Kah...!!

Apakah UMNO/BN akan memberikan kuasa kepada pakatan rakyat... ?
Jawapannya adalah mustahil...!!!
Orang putih kata...Impossible..!!
Orang kampung kata...lain tahun la....!!
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment