Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 17, 2010

Hati-Hati Bila Baca Akhbar Ketuanan Melayu....!!


Terkini & Ternow : 12.02 MINIT

Al-Fatihah..!!
Kepada anak isteri dan kaum kerabat arwah...
Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat....



Nota:

Pilihnaraya kecil akan diadakan di tenang segamat.
Sila buat tempahan bilik segera sebulum kehabisan..!!
Tempahan boleh di buat sekarang...Hurry up..!!


ADUN TENANG STABIL -16/12/2010 8:47pm

LABIS 16 Dis. — Anggota Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) kawasan Tenang, Sulaiman Taha, yang dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.

Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 24 Nov lepas, perlu menjalani rawatan lanjut.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.

No comments:

Post a Comment