Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 17, 2010

Pakatan Rakyat Adalah Untuk Ketuanan Rakyat....!!

Adakah ini namanya pembangunan...?? Rakyat tetap hidup susah...susah nak bergerak...!!!

MENTERI DIINGATKAN JANGAN UBAH LALUAN LEBUHRAYA - UM

Kerajaan negeri Selangor tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 rumah di Taman Bakti, Ampang bagi membina Lebuhraya Besraya yang baru dari Sungai Besi ke Pandan Indah.

"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah, di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 25 November 2010.

"Sebelum itu, saya dan penduduk tempatan telah membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan rumah," kata exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan Selangor, Iskandar A Samad.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, cadangan asal itu telah dibuat ketika pentadbiran kerajaan BN di Selangor.

"Walau bagaimanapun, kerajaan sekarang telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES.

"Oleh itu, setelah cadangan alternatif dipersetujui, kerajaan negeri tidak akan bersetuju jika LLM mahu lebuhraya itu dibina menurut cadangan asal yang akan merobohkan rumah-rumah penduduk," tegasnya.

Iskandar berkata, beliau difahamkan bahawa Menteri Kerja Raya akan melawat Taman Bakti esok.

"Maka oleh itu, saya hendak mengingatkan beliau agar tidak akan mengubah laluan lebuhraya yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri sekarang dan LLM dalam mesyuarat MTES itu," tambahnya.

Nota :

Lihat ini bukti kerajaan pakatan rakyat adalah pro rakyat...
Bukannya pro jalan raya...
Lihat perangai menteri UMNO...
Cari sebab dan sengaja nak merobohkan rumah orang kampong.....

Inilah jugak yang akan dilakukan kepada kampong baru nanti....
Mana yang tidak mahu terlibat maka tanah mereka akan ditanda untuk keguaan awam – bila ada tanda untuk kegunaan awam maka tanah ini akan di rembat.
Antara bangunan awam ialah dengan membina jalan.....

Kah....Kah....Kah....!!!

No comments:

Post a Comment