Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 13, 2010

Ibarat Sireh Pulang Ke Ganggang...!!


Samy duta infrastruktur bagi India, Asia Selatan-MK

Kongsi 0Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri S.Samy Vellu sebagai duta khas Malaysia untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan berkuatkuasa 1 Januari ini.

Katanya pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu.

"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan hubungannya dengan negara-negara ini dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat daripada peranannya sebagai duta khas untuk infrastruktur," katanya ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu bertajuk 'A Life. A Lengend. A Legacy' di ibunegara.

Majlis Di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, The Mines Resorts (MIECC) di Seri Kembangan, dekat sini, turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan presiden MIC baru Datuk G. Palanivel.

Nota ;

Selamat jalan Dato' Seri....
Selamat berundur Dato' Seri....
Selamat Pulang ke kampung halaman Dato' Seri...
Nanti kalau panjang umur..kita jumpa lagi Dato' seri....
Cittt...Porrrahhhh.....!!! Kah...Kah....Kah.....!!!

No comments:

Post a Comment