Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 13, 2010

Selamat Datang Ke Pasaraya Giant Kijal....!!!


Entah apa jadahnya, sebaik menaiki tangga masjid untuk solat jumaat tadi terdengar ucapan disampaikan oleh salah seorang Ahli Jawatan Kuasa Masjid dan apabila sampai di dalam Masjid, semakin terkejut kerana ucapan tersebut adalah perutusan sempena Hijrah 1432H oleh MB Terenggaanu Mat Said.Mimpi apakah agaknya Mat Said menyampaikan perutusannya pada Hijrah kali ini.Tak pernah sebelum dan selepas Masjid Bujal dirobohkan atas alasan Masjid Ghirah dan markaz PAS, Mat Said menyampaikan perutusan sedemikian rupa malah di zaman zaman sebelum menjadi MB, Mat Said sering dilapurkan melepak di salah sebuah restoran di Beserah Kuantan pada ketika khatib membacak khutbah dan pada ketika imam mengangkat takbir untuk solat jumaat.

Lebih menarik bila mana teks perutusan Mat said diselang selikan dengan ayat ayat quran dan hadis serta seruan agar rakyat Terengganu menjauhi rasuah merupakan satu jenaka yang mengejutkan.

Kata Mat Said mengambil rasuah bermakna mengambil hak orang lain yang bermakna selama ini Mat Said tahu betapa sudah banyak hak orang lain diambil olehnya bersama kroni.Mat Said sedar bahawa rasuah itu ditegah agama walaupun selama ini dia adalah antara perasuah tegar dalam negara.

Kenapa hari ini Mat Said melarang rakyat mengambil rasuah sedangkan dia sendiri sudah kenyang dengan hasil rasuah? Mungkin Mat Said mula menyedari kebangkitan rakyat Terengganu dan Mat Said dengan cara pragmatis UMNO mula merasakan Masjid dan Hijrah serta lain lain hari kebesaran agama perlu diberi perhatian untuk meraih semula sokongan rakyat yang semakin mula menjauhinya.Mat Said mungkin mahu menunjukkan dia juga alim dan tahu menilai perbuatan yang dilarang agama sekalipun perbuatan itu pernah diamalkan olehnya dan diketahui oleh rakyat apatah lagi sebahagian perlakuan rasuahnya pernah didedahkan oleh TV 3 suku.

Atau mungkin Mat Said bermimpi tentang hebatnya Hijrah yang menjadi titik mula Islam menjadi carahidup yang indah, adil, lengkap, serdahana dan diredhai ALLAH.Mat Said juga mungkin bermimpi melihat Hijrah sebagai titik mula pengisian semula carahidup Islam dalam negara yang telah lama ditinggalkan umat kerana tindakan pragmatis parti yang dianggotai oleh Mat Said termasuk menghalalkan pengambilan rasuah yang dijenamakan semula.Kerana mimpi inilah barangkali Mat Said mula menyampaikan perutusan seolah dia juga menghayati semangat dan pengajaran Hijrah seterusnya menyatakan dia bukan pengamal rasuah."

Nota :

Kalau tak cerdik...tak kan boleh jadi MB....
Kalau tak pandai...tak kan buat kompleks bebas cukai kat tasik kenyir...
Kalau tak bijak...Tak kan Kijal ada pasaraya Giant kat dalam semak....
Kalau tak siuman...tak kan boleh komersialkan tanaman ubi gadong di tranung...
Kalau tak pintar...tak kan boleh buka kilang e-book di tranung....
Kalau tak berkerdip...maka bukan Mat Said namanya....
Kah...Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment