Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 19, 2010

Kepimpinan Mestilah Melalui Tauladan....!!

MASJID PATUT JADI PUSAT PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH – BH

Najib Razak mengajak umat Islam termasuk golongan belia di negara ini menjadikan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ekonomi ummah dengan memanfaatkan kawasan pekarangan sebagai pusat perniagaan dan aktiviti pembangunan sosial.

Perdana Menteri berkata, masjid yang dibangunkan kerajaan wajar dimakmurkan dengan kegiatan itu, selain menjadikannya pusat perpaduan umat menerusi pendekatan ibadah wajib secara berjemaah di situ.

Beliau berkata, institusi masjid selama ini diakui berperanan sebagai pusat kecemerlangan dan pengembangan ilmu dengan mewujudkan perpustakaan mini, kelas bimbingan pelajaran, majlis percambahan minda termasuk mengadakan aktiviti perniagaan yang secara langsung berupaya meningkatkan pendapatan masing-masing.

Nota:

Kita telah banyak kali mendengar bahawa masjid perlu dijadikan tempat ekonomi...
Kita telah banyak kali mendengar bahawa masjid perlu dijadikan tempat buku...
Kita telah banyak kali mendengar masjid perlu dijadikan tempat IT...

Semuanya adalah bagus...tapi adakah inaya sampai matlamat...???
Ini adalah kerana semuanya bercakap dari hidung.....
Perpustakaan yang ada sekarang pun kosong...budaya membaca amat rendah...
Nak buat perpustakaan kat masjid pulak...
Kah...Kah....Kah....!!!

Nak buat tempat niaga...?
Aked mara di raja Laut pun sunyi sepi...
Sekarang nak buat masjid tempat niaga pulak...Nak niaga apa..?
Nak jual ait ketum ke...?
kah...Kah....Kah.....!!!

Woit … gila apa pulak ni nak jadikan masjid tempat niaga bursa saham...
Ini bukan caranya nak ajak orang datang ke Masjid....
Bukan salah...tapi takut nanti di salahguna pulak...
Lepas tu nak buat masjid menggantikan siber café....
Supaya nanti mat rempit boleh tengok laman baby rina kat dalam masjid pulak...!!
Idea macam-macam...cadang itu..cadang ini....
Habis orang yang buat cadangan tu..selalu ke ke masjid....!!
Kah...Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment