Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 11, 2010

Menteri Malaysia Lagi Hebat Dari Uday....!!

Ramai terkejut anak Saddam miliki Ferrari feminin-HM

LONDON: Anak Saddam Hussein, Uday, memang dikenali sebagai penggemar kereta mewah serta berpewatakan garang.

Bagaimanapun, ramai pihak terkejut dan tertanya-tanya apakah sebenarnya cita rasa Uday.

Sekeping gambar disiarkan media di Britain semalam menunjukkan, satu daripada kereta pernah dimilikinya, Ferrari Testarossa, dicat dengan warna merah jambu yang biasanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan.

Gambar itu dirakam di sebuah pejabat polis di Baghdad selepas kenderaan itu ditunda pihak berkuasa dari rumah Uday.

Turut disimpan di kawasan simpanan kenderaan rahsia di bawah tanah itu adalah sebuah Porsche berwarna hitam.

Uday, 39, terbunuh bersama adiknya, Qusay, dalam serangan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya di utara Iraq pada 2003. - Agensi

Nota :



Woitt...Kuman seberang laut kau nampak...
Gajah depan mata kau buat tak nampak....
Tengok...baru sepenggal jadi menteri....
Macam-macam kereta dia ada....

No comments:

Post a Comment