Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 11, 2010

Panglima Ketuanan Melayu Cap Ayam....!!

Tunggu dan lihat...tak lama lagi malaon ini akan minta maaf dan surat khabar akan cakap bahawa mereka telah salah lapor..!!

MCA GESA HISHAMUDIN UNTUK MOHON MAAF – MR

Timbalan Ketua Pemuda MCA Mah Hang Soon menggesa agar Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein memohon maaf kepada seluruh ahli MCA berikutan tuduhannya terhadap Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini.

Mah Hang Soon berkata, tuduhan Hishammuddin Hussein telah bercanggah dengan semangat Barisan Nasional yang disaran Perdana Menteri Najib Razak, terutamanya apabila PM Najib telah menyetujui pandangan Chua Soi Lek secara terbuka, iaitu komponen parti BN harus berkongsi kedudukan yang sama rata dalam hubungannya sebagai rakan parti.

Sebagai Naib Presiden UMNO, Hishammuddin seharusnya menyokong PM dengan tindakannya.
"PM telah membuat kenyataan bahawa parti komponen BN seharusnya peka antara satu sama lain, barulah BN diperkasa. Hishammuddin Hussein pula menuduh Chua Soi Lek secara terbuka, mengingkari hasrat PM yang sebenarnya."

Tuduhan Hishamuddin mengada-ada

Tuduhan Hishammuddin Hussein bahawa Chua Soi Lek seharusnya menggunakan saluran dalam Majlis Tertinggi BN untuk membangkitkan ketidakpuasan mahupun mengutarakan cadangan ini turut dikritik Mah Hang Soon sebagai "mengada-ada".

"Pada hakikatnya Konvensyen BN adalah mesyuarat tertutup untuk parti komponennya mengentengahkan pandangan diri dalam sesi dialog. Chua Soi Lek sekadar mengemukakan cadangan MCA, dan tindakan ini selari dengan 'menggunakan saluran sebaik-baiknyanya', sebagaimana yang dikatakan Hishammuddin Hussein."

Nota:

Ya Ampooon.....
Nampaknya cukong sudah marah....
dah tentu ketuanan melayu akan merasa cemas dan takut....
Sebab apa ketuanan melayu amat takut...??
Sebab cukong yang menjaga duit...
dan cukong juga ada jaga china doll
Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment