Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 7, 2011

Untuk Mu...Beng Hock...!!


Kes Teoh: K'jaan tubuh s'jaya siasatan diraja-MK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk mengkaji prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes Teoh Beng Hock dan sama ada berlaku pelanggaran hak asasi manusia.

Katanya, Peguam Negara juga akan memfailkan di Mahkamah Tinggi permohonan semakan keputusan inkues terhadap kematian Teoh.

Menurut perdana menteri lagi, beliau juga sedia menemui keluarga Teoh tetapi tidak pasti bila.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

No comments:

Post a Comment