Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 7, 2011

Boleh Percaya Ke...??


15 Barangan Terkawal Sempena Tahun Baru Cina - Ismail Sabri -Mstar

PETALING JAYA: Lima belas jenis barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga hari sebelum perayaan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antaranya ialah daging babi, ayam dan bawang putih.

"Proses menyenaraikan jenis barangan itu masih dilakukan mengikut populariti di kalangan masyarakat Cina dan akan diumum dua minggu sebelum Tahun Baru Cina," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pesta Tilam 'Barangan Jenama Antarabangsa Malaysia' ke-7 di Ikano Power Center, Jumaat.

Beliau berkata perbincangan akan dijalankan dengan pihak industri berkenaan bagi menetapkan harga barangan kawalan bergantung kepada permintaan pasaran.

Ditanya mengenai bekalan minyak masak, Ismail menasihati pengguna supaya tidak panik dan risau mengenai bekalan bahan itu kerana kerajaan telah menambah sehingga 84,000 tan metrik bekalan bulan ini.

"Kekurangan bekalan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu kerana masih dalam proses pembungkusan dan penghantaran ke semua pasar raya dan kedai-kedai yang terjejas," katanya.

Beliau berkata masalah ini berikutan sebuah syarikat yang merupakan antara pemain utama dikesan menghentikan operasi secara mengejut sehingga menyebabkan 5,000 tan metrik minyak masak tidak dijual.

Beliau juga menolak spekulasi mengenai kenaikan harga bekalan minyak masak.

"Kabinet tidak pernah pun berbincang mengenai harga minyak naik dan kami tiada rancangan sebegitu...," katanya.

Berhubung peningkatan ekonomi domestik, Ismail Sabri menggesa pengeluar tempatan dan pengeluar peralatan tulen melabur bagi meningkatkan inovasi dan kawalan kualiti bagi memenuhi permintaan pengguna dalam dan luar negeri.

"Hanya menerusi inisiatif sebegitulah mereka dapat mengeluarkan produk yang dapat memenuhi keperluan gaya hidup dan kesihatan pelanggan," katanya. - BERNAMA

Nota :

Sanggup ke kita terus di tipu....??
Cakap harga tak akan naik....
Bukan ini yag pertama kali di umumkan....
Harga barang tak akan naik...
Tapi harga barang tetap naik jugak....
Cakap malaon ni boleh pakai ke...??
Susah lah bagi rakyat nak mempercayainya....
Apa pun...Kita tunggu dan lihat....!!!
Kah...Kah...Kah...!!

No comments:

Post a Comment