Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 18, 2011

Bangang Tak Habis-Habis...!!


MB PAHANG DAKWA LOJI LYNAS TERLALU DIPOLITIKKAN - MI

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob (gambar) meminta semua pihak menunggu keputusan panel bebas yang mengkaji aspek keselamatan terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Beliau berkata, tindakan berdemonstrasi atau bantahan terhadap pembinaan kilang itu yang didalangi pihak pembangkang dilihat lebih bermotifkan politik semata-mata.
“Semua pihak termasuk pihak pembangkang kelak harus menerima apa juga keputusan panel bebas itu,” katanya kepada pemberita di Pekan Kerdau di sini.

Dalam laporan dibawa Berita Harian Online petang ini, Adnan dipetik berkata, isu pembinaan kilang itu dilihat terlalu dipolitikkan sekali pun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) sebelum ini sudah mengesahkan bahawa kilang berkenaan adalah selamat.
Ahad lalu, empat orang termasuk dua wanita ditahan selepas terbabit dalam perhimpunan haram di depan pejabat DAP Pahang kerana membantah pembinaan kilang berkenaan.

Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Beberapa siri penerangan yang dianjurkan LPTA dan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Kerajaan pada 22 April lalu mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.

DEMO ANTI KILANG LYNASS



Nota:

jangan lupa
berkumpul di klcc
jam 2.00 jumaat ini

berarak ke kedutaan australia
di hadapan klcc
jalan yak kwan seng

semua anak muda di ajak datang !!!

No comments:

Post a Comment