Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 25, 2011

Kecil Tapak Tangan..Nyiru Kami Tadahkan....!!


KHIR TOYO: TIGA MENTERI MAHU SAYA DIPENJARAKAN - MK

Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

NOTA:

strateji memenjarakan toyo ini memang tepat
kalau toyo di penjarakan ini bermakna najib serious tentang rasush
kalau toyo dipenjarakan rakyat selangor akan yakin dengan gerombolam
kalau toyo dipenjarakan selangor akan kemabali kepada barisan
kalau toyo dipenjara dan dirotan rakyat selangor amat gumbira
kalau toyo di penjara, dirotan dan diharta dirampas lagi rakyat suka
kalau toyo di penjarakan dan kunci penjara dibuang
jamin 100% barisan akan memerintah selangor sehingga hari kiamat
kah kah kah

siapa tahu 3 malaon
yang mahu toyo dipenjara?

paling suka toyo di penjara ialah ezam mat nor
di selangor yang paling layak jadi mb
yang paling popular untuk jadi mb
hanyalah ezam mat nor
kah kah kah

No comments:

Post a Comment