Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 25, 2011

Selamat Tinggal 1 Malaysia...!!

NAJIB TUNDUK PADA MUHYIDDIN - NIK NAZMI - keadilan daily

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menegur Najib Razak kerana tunduk kepada bakal penggantinya Muhyiddin Yassin dalam isu pembentukan Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya.

Pada 15 Ogos lalu, Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang untuk membincangkan reformasi pilihan raya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun sehari selepas itu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah diguna pakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya, untuk memperkukuhkannya.

“Penyakit ‘flip-flop’ ini terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya apabila PM tunduk kepada Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media hari ini.

Nota:

telah dibuktikan bahawa muhyiddin
lebih hebat dan lebih berkebolehan
dalam kepimpinan

rakyat malaysia akan merasa selamat
apabila muhyiddin mejadi perdana menteri

bila muhyiddin jadi pm
maka musuh muhyiddin pasti tidak akan
dapat menggulingkan beliau lagi
muhyiddin amat susah untuk disembelih
kerana tak ada leher
kah kah kah

No comments:

Post a Comment