Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 8, 2011

Saudagar Agama Berniaga Lagi...!!


SANGGUP GADAI MARUAH ISLAM - UM

PUTRAJAYA 7 Ogos – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah.

Beliau berkata, dalam isu tersebut Abdul Khalid sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.

“Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama lain terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

NOTA:

tak payahlah cakap hal agama
tak payahlah cakap hal islam
tak payahlah cakap maruah islam
tak payahlah cakap berjuang untuk akidah
semua itu bohong

ini bukan kes agama
ini bukan perjuangan akidah
ini strateji nak malukan kerajaan pakatan rakyat
ini nak burukkan kerajaan selangor
ini nak kucar kacirkan kerajaan selangor

kenapa?

kerana BN kalah di selangor
selangor negeri terkaya di asia tenggara
lorong duit untuk BN telah ditutup

ini kes tak dapat projek di selangor
ini kes tak ada kontrek di selangor
ini kes duit rasuah tak masyuuk di selangor
ini tak ada sangkut paut dengan agama

jais ke..mais ke...
ini semua pekakas yang bertopengkan agama
semua ini saudagar agama...
tak percaya?

cuba tanya diri sendiri:
kenapa jais tak heboh dan bertindak dalam kes bunuh altantuya?
kenapa mais tak heboh kes menteri rogol amah ?
kenapa jais tak heboh kes menteri rogol budak sekolah ?

jelas kes terbaru ini semua bohong
ini bukan kes agama
ini realpolitik untuk merebut kuasa
merebut kuasa kerana punca enkonomi
merebut kuasa kerana projek...
merebut kuasa untuk dapat kontrek

agama di masukan sebagai aji no moto nak sedapkan cerita
kalau terang terang nak rampas kerajaan pakatan di selangor
pasti orang ramai tak sokong
jadi kenalah di aji nomotokan dengan agama

inilah latarnya
jadi jelas semua ini bukan agama
tak sangkut paut dengan agama
ini adalah realpolitik untuk merebut kuasa

No comments:

Post a Comment