Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 8, 2011

Apa Ada Selepas 7 Hari...??


DAFTAR PEMILIH: PAKATAN BERI NAJIB TUJUH HARI PANGGIL SIDANG PARLIMEN KHAS - MI

Pakatan Rakyat akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Najib Razak meminta agar diadakan sidang tergempar Parlimen bagi menyelesaikan Isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.

Surat rasmi itu akan diserahkan esok di Parlimen dan akan diterima oleh Nazri Aziz.

“Kita beri tempoh tujuh hari untuk adakan sidang tergempar Parlimen.

“Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya,” kata Salahuddin sambil menambah, tindakan itu akan mengancam keselamatan negara.

NOTA:

pakatan rakyat telah beri masa tujuh hari
untuk buat persidangan parlimen khas untuk
bincang hal warga asing yang halal dan yang haram
kini diberi hak mengundi

pekara ini telah jelas
orang ramai telah lama tahu
bukti telah terpampang saheh dan sah

orang ramai tahu di pru 13 BN akan kalah
satu cara untuk BN menang ialah berikan mat bangla, mat idon, mat burma IC
untuk mengundi BN

persoalan yang timbul...
kalau dalam masa 7 hari parlimen tidak bersidang
apa pakatan buat? apa tindakan yang akan diambil?

amaran telah diberi, kalau Najib tak ambil pot
apa tindakan pakatan rakyat sterusnya...??

ini lah yang rakyat mahu dengar
apa langkah seterusnya...
rakyat mahu bangun melawan...
bukan tunduk takut meraban meroyan....
Kah..kah...kah...

No comments:

Post a Comment