Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 8, 2011

Semua Orang Dah Tahu...Jadi Apakah Tindakan Kita Seterusnya..??


BERSIH : WARGA INDONESIA JADI PENGUNDI, SPR PERLU BERI PENJELASAN - Keadilan Daily

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung dakwaani Anwar Ibrahim bahawa 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata demikian merujuk kenyataan Ketua Pembangkang itu di Manila, Filipina.

Akhbar The Phillipine Star melaporkan kenyataan Anwar bahawa selain Warga Indonesia, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional.

“SPR perlu menyiasat dan tampil memberi penjelasan atas dakwaan ini,”
“Jumlah 200,000 begitu besar dan jika benar mengapa beri mereka hak mengundi?,” kata Maria ketika dihubungi Keadilandaily.

Dalam masa sama, beliau juga mendesak SPR memberi penjelasan berhubung dakwaan kerajaan Pulau Pinang, bahawa 32,000 pengundi baru dikesan di negeri itu dalam tempoh hanya tiga bulan.

NOTA:

semua orang tahu...
orang indon, orang burma & orang bangla
telah di daftar untuk jadi pengundi

bukti jelas dan terang
rakyat semua dah faham

soalannya apakah tindakan..??
soalannya apa yang perlu dilakukan..??

tak perlu cakap cakap lagi
semua dah tahu..satu dunia dah tahu
yang ditunggu ialah: apa langkah..? & apa tindakan..?

dan apa pulak tindakan bersih?
Adakah perlu kejalan raya semula..??

No comments:

Post a Comment