Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 10, 2012

Adam Adli Adalah Jelmaan DS Anwar Ibrahim....!!


KUALA LUMPUR, 9 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi.

“Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

“Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat,” katanya.

Adam Adli dibawa oleh rakan-rakannya ke mahkamah di Jalan Duta petang tadi.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan.

“Saya akan pastikan tiada penindasan lagi,” katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah.

themalaysianinsider

No comments:

Post a Comment