Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 10, 2012

Undurlah Secara "Gentlemen" Wahai Hassan Ali...!!


Lepas Jawatan Sukarela, Nasihat MB - HD

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.

Khalid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid.

Tambahnya lagi, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.

Dalam pada itu PAS Selangor semalam memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan status 'Exco' Hasan Ali itu.

Mereka juga menasihat seluruh ahli PAS negeri itu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat semalam.

No comments:

Post a Comment