Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 8, 2012

JKKK Paka Rampas Tanah...PAS Berdemonstrasi Kali Ke-2 Di Dungun.....!!




DUNGUN – Memorandum Bantahan Rakyat terhadap tindakan Jawatakuasa Kemajuan tanah dan keselamatan kampung (JKKK) yang merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB)berjaya di serahkan kepada pihak pentadbir tanah daerah Dungun di sini semalam.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat ia diserahkan kepada Ketua Penolong Pentadbir Tanah daerah Dungun kerana Pentadbir Tanah yang juga Pegawai Daerah dimaklumkan sedang bercuti.

“Kita serah (memorandum) kepada timbalan (Ketua Penolong) bahagian tanah (Pentadbir tanah) mewakili DO (Pegawai daerah) yang bercuti,”ujarnya ketika ditemui sebaik keluar dari Pejabat Daerah dan Tanah Dungun pada Rabu 7 Mac.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Dungun telah mengetuai satu bantahan aman yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan SIDB serta masyarakat umum.

‘Gerombolan’ bantahan itu telah bergerak dari Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin pada jam 3 petang menyusuri Jalan Yahya Ahmad sepanjang 2 kilometer sehingga ke perkarangan Pejabatan Daerah dan Tanah.

Sehubungan itu, Ustaz Satiful berpuas hati dan mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak.

“AlhamduliLlah, kita Nampak sokongan semua rakyat (dan) masyarakat bersama (menyertai bantahan) dengan pelajar-pelajar (dan kaktangan) sekolah kita ini,

“saya ucapkan ribuan terima kasih dan AlhamduliLlah kerana sokongan ini berterusan dan semakin meningkat,”jelasnya.

Menurutnya, ia adalah demonstrasi kali kedua, yang diadakan bagi membantah tindakan zalim rampasan tanah SRIDB.

Katanya, perarakan bantahan secara aman kali pertama diadakan dari hadapan SRIDB di Jalan Santong, Paka dan berakhir dihadapan Pejabat Khidmat ADUN Paka.

Beliau selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu berkata, sekiranya tidak ada apa-apa tindakan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada sekolah agama rakyat itu, beliau merancang akan mengadakan bantahan dihadapan Wisma Darul Iman dan akan menyerahkan memorandum kepada ‘pihak istana’.

“Dulu kali pertama kita buat di Paka, Nampak hari ini lebih ramai lagi, dan InsyaAllah kalau tidak selesai, kita akan pergi (berarak) ke Wisma (Darul Iman) dan ke istana,”tegasnya.

Turut serta dalam demonstasi tersebut adalah Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Ramli, Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Penerangan PAs Terengganu Usaz Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Pemuda PAS Dungun Ustaz hd Hanafi Abdul Aziz, Setiausaha PAS Dunguun Norulazhar Ali dan Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail

No comments:

Post a Comment