Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 8, 2012

Mak Datuk.....Ada Lagi....??


NFCorp beli pangsapuri di Kazakhstan RM1.7 juta pula? - Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 8 Mac: Jabatan Siasatan jenayah Komersial dilapor sedang menyiasat pembelian sebuah apartment di Kazakhstan berharga RM1.7 juta untuk dijadikan pejabat oleh National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pembelian itu dilakukan pada September 2011, iaitu sebulan sebelum laporan ketua Audit Negara mendedahkan kegagalan projek berkenaan yang membawa siri pendedahan penyelewengan dana pinjaman bagi Pusat Fidlot Negara.

Menurut sumber Malaysian Insider, polis sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian tersebut yang didaftarkan atas nama NFC Corp.

NFCorp menimbulkan kontroversi ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun lalu, yang mendapati projek ternakan lembu itu tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Syarikat itu dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan tiga anak mereka.

Sejak itu, NFCorp berdepan dengan pelbagai dakwaan penyelewengan melibatkan RM250 juta dana yang diberikan sebagai pinjaman mudah oleh kerajaan, yang tiada kaitan dengan projek ternakan lembu.

Ia termasuk pembelian jutaan ringgit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan pembelian kereta mewah.

Bulan lepas, polis mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mendakwa Mohamad Salleh di atas dakwaan melakukan Jenayah Pecah Amanah.

Namun, Peguam Negara memulangkan kertas siasatan buat kali kedua supaya pihak berkuasa itu melakukan siasatan lanjut.

Semalam, KEADILAN mendedahkan bahawa Mohamad Salleh turut menyalahgunakan dana NFC untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli 8 unit kedai di KL Eco City, Bangsar dengan harga keseluruhan RM 9.69 juta

No comments:

Post a Comment