Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 8, 2012

PRU 13 : Hari Kiamat Bagu UMNO/BN....!!


SEAWAL bulan Ogos tahun lalu, sudah mula terdengar desas-desus yang didakwa daripada sumber dalaman kerajaan dan juga BN kononnya PRU13 bakal diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.Namun kini setelah tujuh bulan berlalu, ramalan pilihan raya umum menjadi seperti ramalan kononnya kiamat akan berlaku pada Mei 2003.

Tahun 2011 berlalu tanpa adanya pilihan raya sebagaimana berlalunya tahun 2003 tanpa berlakunya kiamat. Kini ramalan PRU13 diperbaharui. Ada yang mengatakan seminggu dua sebelum atau selepas perayaan Tahun Baru Cina 2012.

Ada yang mengatakan mungkin bulan Mei sekitar cuti Hari Pekerja. Tidak kurang yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada bulan Julai tahun ini serta tarikh-tarikh lain menurut andaian dan analisis masing-masing.
Cuma belum ada lagi yang mengatakan PRU13 bakal diadakan pada 21 Disember 2012, ramalan hari kiamat yang baru sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Apabila PRU13 diramalkan pada bulan Disember tahun lalu, sebagaimana mereka yang meramalkan hari kiamat pada Disember tahun ini, ia bukanlah dilakukan tanpa sebarang asas ataupun analisis.

Hari kiamat 21 Disember 2012 diramalkan kononnya berdasarkan kalendar peradaban purba Maya, di Amerika Selatan di mana tarikh inskripsinya terhenti pada tanggal tersebut dan menandakan tamatlah sudah kitaran panjang 5,125 tahun. Ramalan ini diperkukuhkan lagi dengan ramalan kononnya sebuah planet yang disebut sebagai Planet-X atau Nibiru sedang bergerak ke arah orbit Bumi dan akan mengakibatkan mala-petaka ke atas muka bumi ini pada skala yang tidak dapat diimaginasikan oleh sesiapa pun.

Namun sudah tentu para sarjana bertauliah peradaban Maya mempunyai interpretasi berbeza tentang tanggal 21 Disember 2012 yang tidak ada kena mengena dengan dunia kiamat. Dan Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Amerika (NASA) menafikan kemunculan Planet Nibiru. “Sekiranya Nibiru akan bergerak ke arah Bumi pada tarikh tersebut, ia kini sudah tentu dapat dilihat oleh mata kasar, sebagaimana kita dapat melihat planet lain yang lebih jauh,” jelas NASA dalam laman web rasminya beberapa minggu lalu.

Begitu pun, apa sekalipun ramalannya, bagi umat Islam, hari kiamat hanyalah sesuatu ketentuan Allah yang sama sekali di luar pengetahuan manusia. Ia mungkin berlaku pada tarikh 21 Disember 2012, atau lebih awal daripada itu dan malah boleh juga berlaku di satu tarikh pada tahun 2020, 2062, 2099, 2120, 3743 dan seterusnya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raaf, ayat 187 bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhlukmakhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.

Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Justeru, jelas tarikh hari kiamat adalah urusan Allah SWT dan kita sebagai manusia yang dicipta oleh-Nya tak perlu sibuk-sibuk tentang bila akan berlakunya hari tersebut. Sebaliknya apa yang perlu kita sibukkan buat ketika ini adalah tarikh PRU13, yang sesetengah mensinonimkannya dengan ‘kiamat buat kerajaan BN.’

Namun meramalkan bila akan berlakunya PRU13 atau pilihan raya-pilihan raya umum Malaysia sebelumnya bukanlah kerja yang mudah. Ini disebabkan pemimpin kerajaan berlagak seperti tuhan dalam menyembunyikan tarikh tersebut.

Di masa-masa lalu memang terdapat ramalan-ramalan mengenai tarikh pilihan raya umum dan hampir semua ramalan tersebut tidak tepat kerana, seolah-olah meniru Tuhan, Perdana Menteri maha mengetahui dan lagi maha berkuasa dalam menentukan tarikhnya.

Begitu pun seperti ramalan tarikh kiamat 21 Disember 2012 yang didakwa oleh sesetengah pihak berdasarkan beberapa perkara, maka begitu juga dengan tarikh PRU13 yang ketika itu diramalkan oleh penganut dan para ulama politik Umno-BN dengan berdasarkan kemenangan parti tersebut dalam kebanyakan pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU12, tahun 2008 dan atas sebab kepercayaan kononnya Umno yang menjadi tonggak kepada BN sudah direformasikan sepenuhnya.

Ramalan bulan Disember atau selewat-lewat atau pada awal tahun 2012 diperkukuhkan lagi dengan Belanjawan 2012 yang meluluskan pemberian tunai itu dan ini kepada rakyat.

Tidak cukup dengan itu, malah sehingga hari ini Perdana Menteri mengambil peranan sebagai Santa Klaus dengan meluluskan itu dan ini kepada sesiapa atau pihak mana sahaja yang dirasakan akan dapat diterjemahkan sebagai undi kepada BN.

Hanya beberapa hari lalu Perdana Menteri meluluskan RM1.5 juta untuk projek sebuah sekolah di Sabak Bernam, Selangor. Yang menggelikan hati beliau sebelum itu telah meluluskan secara “sertamerta” dana sejumlah RM480,000 untuk memperbaiki berek polis pangkat rendah di Balai Polis Sungai Besar, Selangor.

Nampaknya sistem kewangan negara menurut peruntukan yang telah ditetapkan dalam sesuatu belanjawan tidak lagi terpakai sepenuhnya menjelang pilihan raya umum (yang tarikhnya menjadi ketentuan Perdana Menteri yang mahu berkuasa dan maha mengetahui) apabila Perdana Menteri boleh membawa berkarung-karung wang untuk diberikan kepada sesiapa sahaja.

Ramalan demi ramalan tentang tarikh PRU13 telah pun dibuat. Wang berkarung-karung, termasuk pemberian yang diluluskan menerusi Belanjawan 2012 juga telah laksanakan. Pelbagai strategi politik yang dicongak dapat menjejas atau merosakkan permuafakatan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat telah dilakukan.

Namun di sebalik semua ini, alamat dan petanda yang ditontoni umum dan juga sebagaimana yang ditontoni oleh pemimpin BN masih lagi menunjukkan apa juga tarikh PRU13 yang bakal diumumkan tetap membawa risiko kiamat bagi kerajaan Umno-BN.

No comments:

Post a Comment