Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 7, 2010

Malaysia Boleh....Ajaran Islam Terus Di Londeh...!!!



Nota :

Apa sudah jadi...???
Inilah adalah hasil tarbiyyah ajaran Islam Hadhari tajaan UMNO....
Bangga dengan slogan "Memahat Sejarah Mencipta Tamadun..."
Bangga dengan Motto "Tiada halangan..Hanyalah Peluang...."
Peluang untuk terus Hina Islam...
Pergi jahanamlah dengan UMNO.....!!!
Nak jadi kufur bukan nya susah....
Hina Islam macam tu pun dah kira kufur la tu...!!!

Islam Makin Layu Di Melaka Negeri Maju....!!!


Demo membantah kezaliman kerajaan Melaka untuk merobohkan surau dan masjid di hadapan Masjid Kg Bukit Katil selepas solat Jumaat tadi berakhir dengan seorang ahli PAS ditangkap Polis.

Azhar Abdullah dari Kg Ku Sayang telah ditangkap polis semasa demonstrasi sedang berlangsung.

Demo yang berlangsung hanya kira-kira 10 minit itu telah dihalang oleh Polis apabila mereka cuba menangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Azhar, anaknya dan Cikgu Yusof serta Latif sebaik dibebaskan di Balai Polis Bukit Baru.

Ustaz Kamaruddin telah dipegang oleh Polis tetapi beberapa pimpinan Dewan Pemuda dan Ahli PAS Kawasan Bukit Katil menarik Ustaz Kamaruddin masuk ke kedai cendol kepunyaan Hj Hedzir Abdul Rahman.

Pihak Polis kemudian cuba masuk ke kedai tersebut untuk menangkap Ustaz Kamaruddin tetapi dihalang oleh Hj Hedzir yang menyatakan itu premis persendirian dan Polis dihalang dari masuk ke kedainya.

Seterusnya ahli-ahli PAS membuat benteng manusia dan meminta Polis bersurai dan tidak membuat sebarang tangkapan.

Sementara itu Azhar telah dibawa ke Balai Polis Bukit Baru untuk soal siasat dan dibebaskan kira-kira jam 3.45 petang.

Beliau yang ditangkap bersama anaknya berumur 9 tahun disambut oleh Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dan Abdul Latif Deris.

Azhar menyatakan tangkapan itu hanyalah untuk menakutkan ahli PAS supaya tidak berdemo pada masa akan datang kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh beliau.

Kira-kira 300 orang menyertai demo pada hari ini yang merupakan kali ketiga ianya dilakukan.

Kira-kira 80 Polis termasuk FRU dan SB turut membazirkan duit rakyat mengganggu demo hari ini.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan pihak Polis yang jelas tunduk bersekongkol dengan kezaliman kerajaan BN.

"Sepatutnya Polis bertindak professional tidak mengganggu bantahan aman yang dilaksanakan oleh rakyat".

"Kita hanya berhimpun secara aman dalam masa tidak sampai pun 40 minit untuk menyatakan bantahan kepada kezaliman kerajaan.

Sepatutnya pihak Polis bukannya bertindak menangkap rakyat sebaliknya tugas mereka ialah menjaga lalu lintas dan memastikan tiada kekecohan semasa bantahan, tetapi malangnya Polis yang buat kecoh" tegas Yusof.

Nota :

BARU SAJA SEHARI MENANG DI 2 PRK..UMNO/BN DAH TUNJUK "KEMESRAAN' KEPADA RAKYAT DAN AGAMA ISLAM...

MALANG SUNGGOH UMAT MELAYU ISLAM DI MELAKA..TEMPAT SOLAT UMAT ISLAM NAK DIROBOHKAN YAHUDI LAKNAT UMNO.BN.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'

Hukum Judi & UMNO Adalah Sama Iaitu Haram....!!!

Jangan Pulangkan Wang Warga Emas Melalui UMNO - HD

BATU MAUNG, 7 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menghalang mana-mana warga emas untuk mengembalikan wang penghargaan sebanyak RM100 seorang yang diterima sebelum ini.

Namun begitu pemulangan wang tersebut sekiranya benar, hendaklah dilakukan melalui pejabat daerah untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri dan bukannya melalui Umno.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas meraikan majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut, semalam.

Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Pulau Pinang mendakwa mengumpulkan sejumlah wang penghargaan warga emas tetapi sehingga ke hari ini, kerajaan negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang tersebut.

"Kita tidak pernah menghalang warga emas yang ingin memulangkan wang penghargaan tersebut, tetapi mereka haruslah menurut prosedur yang telah ditetapkan.

"Ianya harus dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui pejabat daerah dengan menyertakan butir-butir peribadi sepertimana yang tercatat pada permohonan mereka dalam sistem daftar yang ada serta tidak melalui Umno atau saluran lain," ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan warga emas supaya tidak menggunakan Umno sebagai saluran kerana parti tersebut akan mempolitikkan isu tersebut.

Tambahnya lagi, seandainya Umno benar-benar ikhlas untuk mengembalikan wang tersebut, maka tindakan terbaik yang boleh mereka ambil ialah membantu warga emas supaya menghadirkan diri ke pejabat daerah serta memadamkan nama mereka dari senarai nama penerima.

Pada minggu lalu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan mendakwa akan mengembalikan wang yang telah dikutip melalui akaun kerajaan negeri tanpa mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.

"Umno tidak boleh memasukkan wang yang mereka dakwa sebagai kutipan dari warga emas kerana tindakan tersebut adalah salah dan tidak menurut cara yang betul.

"Apa yang dibimbangi kemungkinan besar wang yang didakwa sebagai wang pemulangan dari warga emas itu bukan datang dari warga emas yang sebenarnya, tetapi dari sumber yang tidak sahih atau pun rasuah dan dari sumber yang haram," tegasnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim

Nota :

Bukti UMNO adalah sama hukumnya dengan judi iaitu haram..Sila lihat di bawah...

Kenapa..?? Masih tak percaya ke...??
Kah...Kah...Kah....!!!

UMNO/BN Pembohong....!!!


"Kita maklum bahawa banjir kali ini di negeri utara Semenanjung, Kedah terutamanya tidak seperti tahun 2005 lepas dan sebelumnya. Bahkan dikatakan ia banjir terbesar semenjak puluhan tahun lepas.

Justru, apabila akhbar harian melaporkan bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertikaikan jentera kerajaan negeri Kedah yang lambat menghantar bantuan, termasuk Shahrizat yang berkata demikian, mereka perlu melihat secara menyeluruh banjir kali ini.

Empangan, projek pembangunan sebelum ini, suasana banjir di selatan Thailand, rumah petugas jentera kerajaan negeri sendiri yang mungkin tenggelam dan lain-lain faktor. Menyalahkan kerajaan negeri Kedah lambat bertindak sahaja dalam suasana rakyat hanya berfikir tentang keselamatan dan kehidupan akibat banjir adalah tidak bijak. Mungkin dalam sebahagian perkara, ada kebenarannya, tapi yang seperti disebut, banjir yang melanda sekarang tidak seperti sebelumnya, perlu diambilkira.

Saya yakin kerajaan PAS Kedah telah dan sedang mencuba yang terbaik. Namun, liputan berita dan akhbar itu selalunya tidak adil. Sekali lagi, kita pohon pihak akhbar harian dan Menteri dari BN sendiri tidak mempolitikkan isu banjir, sebaliknya bantu-membantu di antara agensi kerajaan Pusat dan negeri membantu mangsa banjir. Jangan tunggu PRK seperti di Galas atau batu Sapi sahaja, baharu mencurah datang bantuannya.

Nota :

Ini adalah jawapannya ;

ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Hoii... Lu Sapa...?? Lu Sendiri Mesti Mau Ingat Maaa...!!!


Perwakilan GERAKAN selar 'abang dalam BN' -MK

Perwakilan GERAKAN hari ini menyelar tindakan kepimpinan "abang dalam BN" yang didakwanya terlalu sombong, sekali gus menyebabkan mereka hilang sokongan.

Isu itu dibangkitkan dalam perbahasan usul ucapan dasar presiden di hari terakhir persidangan parti itu ke 30 di Menara PGRM, Kuala Lumpur hari ini.

Wakil Melaka Gan Peng Lam berkata dalam BN, hanya satu parti dilihat lebih berkuasa daripada parti komponen lain.

"Dalam BN, Umno berdiri melampaui yang lain. MCA, MIC, GERAKAN, PPP hanya penonton," kata Gan.

Beliau memberi contoh bagaimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, mengumumkan mata pelajaran sejarah wajib lulus di program Umno, ketika ia jelas hal dasar kerajaan.

"Kenapa tidak umumkan selepas sidang media selepas mesyuarat kabinet atau dalam acara lain?" soalnya.

Nota :

Apa pasal lu bising-bising....??
Sudah berapa lama lu kenal itu UMNO...??
UMNO itu parti Melayu Lu tau ka...?? Tapi melayu hari-hari kena tipu Maaa...!!
Lu sapa..Lu Gerakan...Haiyaaa...!!!
Kannina...!!! Lu gerakan apa mau bising...??
Lu Cina...Lu diam laa...!!!
Melayu hari-hari bising...UMNO sudah tipu mereka...!!
Tapi bila undi...Melayu mesti pilih UMNO Maaa...!!!
Lu tak payah nak bising maaa....
Kalau lu tak suka...lu angkat kaki keluar la...
Kita test satu kali mau tengok...
Lu berani ka...?? Haiyaaa...kalau penakut tak payah nak bising maaa...!!

Nov 6, 2010

Betulkah UMNO/BN Menang Di Galas....??


Akhirnya BN diisytiharkan menang di Galas dan Batu Sapi. Di Galas BN merampas kerusi yang dimenangi oleh PAS tahun 2008 dulu. Manakala di Batu Sapi mereka mempertahankan kerusi yang mereka menangi tahun 2008 dahulu.

Maka tersenyumlah Najib dan Muhyiddin. Lebih penting lagi Rosmah tersengeh-sengeh. Tidak sia-sia Rosmah menggalas tugas suaminya merasmikan program besar negara.

Tidak sia-sia beliau bertemu dengan pemimpin luar negara sebagai menggantikan suaminya. Tidak rugi beliau meminta peruntukan RM 111 juta untuk Permata Negara berbanding hanya RM 95 juta untuk SAR. Tidak ada kesan apa-apa menaikkan harga minyak petrol RM 0.05 sen beberapa hari yang lalu. Semuanya bahkan menaikkan undi BN lagi.

Muhyiddin pula dan BN, tidak segan-segan meratah jentera kerajaan sepuas-puasnya. Habis sekolah, dengan murid-muridnya, guru-guru, ibu bapa, polis, tentera, pegawai kesihatan, hospital dan pelabagai agensi dikerah bagi berkempen untuk UMNO. Dengan pelbagai janji manis dan peruntukan dari langit melimpah ruah jatuh ke Galas. Semuanya digunakan semaksimum mungkin tanpa rasa malu dan segan.

Hampir tergelak sekalian rakyat yang cerdik telatah SPR yang diperkudakan BN. Kalau PAS buat, semuanya ditohmah rasuah, walaupun ianya zakat. Tapi yang dibuat BN, depan mata dengan sogokan berjumlah RM 250, RM 100, RM 1000 dan pelbagai rasuah wang dianggap bersih. Kesian SPR yang masih hitam dari udara demokrasi.

Di Batu Sapi, apakah keburukan yang tidak dilemparkan oleh BN terhadap pembangkang khususnya Pakatan Rakyat? Naik jemu kita mendengar pujian melangit media terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan BN. Kononnya hanya BN layak perintah negara. Pembangkang pula - lembaplah, rasuahlah, tidak cekaplah, tidak peduli rakyatlah, tiada wawasanlah dan macam-macam lagi perkataan buruk dilemparkan.

Sekiranya inilah trend kerajaan BN dalam berkempen yang tidak mempedulikan etika dan menjaga kebebasan media, maka sukarlah indeks kebebasan akhbar negara untuk meningkat. Labih jauh lagi, bagaimana Malaysia akan diiktiraf dunia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenar.

Apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini. Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan? Berselindung disebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?

Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ini memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi akan kembali dimenangi dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok tahun 2008. Kerana Pilihanraya Kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat!

Oleh;

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

Apa Khabar Perdana Menteri Ku....???


Kerajaan Perlu Berterus Terang Kesihatan PM - HD

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menterii mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.

Sebab itulah, kata Husam, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.

Sejak hari pertama Najib dilaporkan tidak sihat, khabar angin telah pun tersebar luas walaupun beliau didakwa menunjukkan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu lagi.

Hubungan kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang dipimpin Najib menjadi semakin tegang tahun ini berikutan tindakan Pusat menyekat royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Sehingga hari ini pun, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Kelantan termasuk solat hajat dan munajat agar hak negeri itu untuk mendapatkan royalti tidak disekat oleh kerajaan Pusat.

Husam bagaimanapun menolak untuk mengulas perkara itu sebagai ‘menghormati Perdana Menteri yang sedang sakit’.

Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Nota :

Tak kan tahap kesihatan Perdana Menteri pun nak di politikkan...
Semua rakyat ingin tahu...
Takkan UMNO tak arahkan masjid atau surau untuk buat solat hajat..
Mintak supaya najib cepat sembuh....

Kekalahan Di Galas : Satu Muhasabah Dan Teruskan Jihad..!!!


Mencari kesalahan dan mengkambing-hitamkannya cukup mudah. Bolehlah disenarai kekurangan yang dicatat. Tetapi bincanglah dalam program dalaman untuk muhasabah. Bagi diambil manfaat bersama. Nak disalahkan UMNO-BN, itu memang kerja mereka. Kalau tidak taklah namanya UMNO-BN. Itu dah sedia maklum. Mereka akan mengambil segenap peluang dan kesempatan demi mengekalkan survival politik mereka.

Setiap apa yang baik itu datang daripda Allah dan kelemahan dan kekurangan itu datang daripada kita sendiri. Dalam pilihanraya, rakyat yang membuang undi. Mereka yang membuat keputusan. Dan setiap kaum itu tidak diubah oleh Allah Swt melainkan ia mengubah nasib mereka sendiri. Maka disana banyak lagi kelemahan an kekurangan kita semua sebagai pejuang untuk menegakkan agama Allah Swt yang perlu dibaiki serta perlu dimuhasabahkan sesama kita. Mesej kita belum mendasari ke akar umbi. Kepada setiap rakyat yang menjadi pengundi.

Yang penting al-Quran dan al-hadis adalah panduan kita semua. Ketika mana Allah Swt menguji para sahabat dan mereka yang bersama dengan Rasulullah Saw dengan peristiwa perang Hunain. Meskipun sebelum itu beberapa kali mereka diberi kemenangan oleh Allah Swt
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun . Surah at-Taubah : 25.
أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Imran : 167

Kekalahan mengikut definisi manusia ini sudah dilalui oleh kita sebelum ini. Bahkan kalau kekalahan dalam pilihanraya itu disebut, kalah undi itu normal, kalau menang itu pelik!. Bahkan Pas dalam pilihanraya pernah hilang wang deposit. Adakah menyebabkan kita lemah? Tidak sekali-kali.
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, Surah al-Imran : 140.

Sebab itu tiada kekalahan mengikut kamus dan definisi pejuang Islam. Sebab matlamat mereka adalah keredhaan Allah Swt dan apa yang menjadi perkiraan dan perhitungan adalah amal atau kerja. Semuanya dikira dan dihitung disisinya. Semoga ia dikira sebagai amal soleh. Kamus mujahid mencatatkan bahawa hanya ada dua dapatan yang diperolehi. Samada menang atau syahid. Tetapi mati dijalan Allah itu juga kemenangan disisi Tuhan dan itulah statu yang tertinggi. Matlamat sebenarnya sudah digariskan Allah Swt yang menjadikan kita istiqamah dalam perjuangan. Menang atau kalah hanyalah suka-duka perjuangan. Sebagai bunga-bunga diperjalanan. Matlamat sebenar amal kita sebagaimana digariskan Allah Swt dalam surah as-saff: 12:
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Cuma sebagai kesukaan kepada orang yang berjihad, Allah Swt memberi juga kemenangan diatas muka-bumi ini. Kemenangan yang dekat. Kemenangan memerintah diatas mukabumi ini dan itu merupakan kepastian. Bila??? Allah Swt yang tahu. Kalaulah dicukupkan ciri dan syarat kemenangan itu, InsyaAllah sampai masanya takkan kemana. Buah yang sudah masak dan ranum, pasti akan gugur jua. Janganlah dijolok kerana kurang sabar, kerana kemenangan yang demikian tidak matang dan sementara.

Nota :

Kerana itulah ucapan tahniah dan syabas! Buat semua petugas-petugas, ahli dan penyokong semua yang berjaya berkerja dan beramal dijalan Allah Swt sepanjang PRK Galas ini.

Kepada mereka yang telah menyumbang segenap kemampuan masa, wang ringgit, harta, tenaga. Semoga amal kita diterima sebagai amal soleh. Kita berkhidmat segenap keupayaan demi untuk kemenangan Islam. Tanpa rasa ogah, kecewa dan putus asa.

Kita bertemu lagi dilain PRK ataupun dalam PRU-13 nanti sebagai medan sebenar kita demi melangsungkan perjuangan dibumi bertuah ini. Semoga Allah menganugerahkan kita dengan istiqamah. Kemenangan sebenar adalah kemenangan dunia & akhirat. Teruskan jihad kita…...Allahuakbar...!!!

Kematian Abu Jahal Perlu Jadi Iktibar Buat UMNO...!!!

Abu Jahal atau namanya yang sebenar adalah Abu Hakam bin Syams. Beliau adalah pemimpin Quraisy yang sangat kuat dalam menentang usaha Rasulullah SAW untuk menyebarkan Islam.

Beliau mendapat gelaran Abu Jahal kerana sikapnya yang jahil dengan kebenaran. Apabila beliau mendengar bahawa Rasulullah serta umat Islam di Madinah cuba menyekat kafilah Abu Sufian, beliaulah orang yang paling lantang mengapi-apikan permusuhan kaumnya dengan Rasulullah.

Abu Jahal selalu memaki dan memburuk-burukkan Rasulullah di hadapan kaumnya. Beliau sangat sombong dan selalu bercakap besar.

Beliau pernah berkata bahawa, beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan kembali sebelum tiba di Badar.

Mereka akan tinggal di sana selama tiga hari tiga malam, berpesta dengan riang ria sambil memotong kambing dan meminum khamar (arak), serta dihiburkan dengan syair-syair merdu yang dinyanyikan oleh wanita-wanita yang dibawa oleh mereka.

Semasa dalam Perang Badar, beliau dikawal oleh tentera-tentera yang ditugaskan khas untuk mengawalnya.

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan bahawa telah datang kepadanya dua orang pemuda iaitu Muaz bin Amru dan Muawiz bin Afra bertanyakan perihal Abu Jahal. Lalu ditunjukkan kepada mereka kedudukan Abu Jahal.

Berlakulah pertembungan yang sengit antara kedua-dua pemuda itu dengan Abu Jahal. Muaz terus memukul dan memenggal separuh daripada kaki Abu Jahal.

Tiba-tiba anak Abu Jahal telah menetak sebelah tangannya sehingga terkulai, lalu Muaz mengheret tangannya yang tergantung itu dan ditanggalkan terus daripada badannya.

Muaz pun terus mengasak Abu Jahal dengan pedangnya sehingga terhumban jatuh dan hampir menemui ajal. Sementara Muawiz pula terus berperang sehingga gugur sebagai seorang syahid.

Setelah selesai peperangan, Rasulullah memerintahkan orang-orang Islam supaya mencari Abu Jahal. Akhirnya Abdullah bin Mas'ud menjumpai Abu Jahal yang ketika itu masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Abdullah meletakkan kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggut beliau lalu memenggal kepala Abu Jahal dan dibawa ke hadapan Rasulullah.

Lalu baginda pergi ke tempat jasad Abu Jahal yang tersadai itu dan berkata, "Inilah dia Firaun umat ini".

Melihat kepala Abu Jahal itu maka, Rasulullah SAW pun turun dari tunggangan baginda. Rasulullah mengadakan sujud syukur serta memuji kebesaran Allah SWT apabila musuh nombor satu Islam itu akhirnya mati di tangan tentera Islam.

Kematian Abu Jahal bermakna lumpuhnya kepimpinan kaum Musyrikin Quraisy Mekah. Sehingga kini nama Abu Jahal masih disebut-sebut sebagai orang yang menjadi musuh Rasulullah. Begitulah tragisnya kematian Abu Jahal di tangan tentera Muslimin.

Doa TGNA Pada Orang Yang Zalim....!!!

Saya pernah membaca dalam Malaysiakini dan saya ambil petikan untuk dibaca bersama di sini.

Dalam ucapannya, seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.


Tan Sri Muhyiddin ada komen pasal perkara ini. (link)

"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.

Adakah sakit PM kita ada kaitan dengan doa TGNA..?? Mungkin Ya..Mungkin Tidak. Saya pun tak boleh jawab, semuanya adalah kerja Allah s.w.t. Setahu saya doa orang yang di zalimi mudah Allah makbulkan. TGNA cuma berkata...kita akan doa.. maknanya beliau belum lagi berdoa supaya pecah perut !!!

Nota :

Doa disebut di dalam kitab-kitab kuning sebagai senjata mukmin. Senjata yang akan digunakan bila kita tersempit untuk dibuat pengajaran kepada manusia yang boleh berfikir.

Juga kepada manusia yang selalu menzalimi orang lain. Aku pun berdoa juga, tapi taklah pecah perut....
Kepada blogger celaka yang selalu membuat fitnah kepada pimpinan PAS dan merosokkan Jamaah Islam... Semoga Allah bagi pengajaran dia didunia ini untuk menjadi pengajaran kepada orang lain.