Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 20, 2010

Ayuh Bersiap Sedia.. Perang PRU 13 Dah Hampir Tiba....!!!


Parti komponen BN diarah laksana tranformasi politik -MKini

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi politik agar selari dengan transformasi yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan transformasi itu masih berjalan dengan perlahan berkata ia harus dilakukan dengan segera agar imej BN tidak menurun.

"Setiap parti komponen harus menguruskan parti masing-masing dengan lebih cekap dan membuat perubahan dengan cepat agar imej BN tidak menurun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Perkembar Pagoh di Muar hari ini.

Perkara tersebut ditekankan beliau semasa ucapan perasmian mesyuarat tersebut dan Mesyuarat Perwakilan MCA Pagoh di Grisek dekat Muar sebelum itu.

Muhyiddin berkata perubahan itu penting kerana ekosistem dan lanskap politik negara sudah jauh berbeza di mana rakyat kini lebih berpengetahuan dan berilmu.

Katanya, setiap kelemahan BN akan menimbulkan persepsi yang tidak baik di kalangan rakyat yang mana akan diputarbelitkan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Transformasi tersebut, katanya, turut bermakna setiap parti komponen berjuang melangkaui kaum yang diwakili mereka.

"Sebagai contohnya Umno hendaklah berjuang bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi juga untuk orang Cina dan India," katanya.

Ditanya mengenai rancangan pihak pembangkang untuk menggempur Johor yang merupakan kubu kuat BN, Muhyiddin berkata ia bukan sesuatu yang mustahil bagi pembangkang untuk berbuat demikian.

Namun demikian, beliau percaya perkara tersebut merupakan satu ancaman yang besar terhadap BN tetapi sebagai peringatan agar setiap anggota parti komponen untuk terus bekerja keras mengikut kehendak dan keperluan rakyat.
-----------------------------------------------------------------
Woitttt.....WAHAI ORANG KAMPUNG...BERSIAP SEDIA..PERNAG DAH NAK MULA....!!!

Woittttt....MAT MONGGOL DAH BERI AMARAN...TARIKH PILIHARAYA ADALAH SATU KEJUTAN...!!!

Woittttt....UMNO DAN KUNCU-KUNCUNYA DAH PUN MULA ASAH SENJATA....!!!

Kah...Kah...TAK PELIK..PILIHANRAYA UMUM SERENTAK DENGAN PILIHANRAYA SARAWAK...!!!

Kah...Kah...MAT MONGGOL DAH TERSENYUM....YAKIN 1 MALAYSIA DAH MULA SOKONG DIA..!!!

Kah..Kah....APCO PUN DAH YAKIN IMEJ MAT MONGGOL DAH PULIH...!!!

Kah...Kah...MADEY PUN DAH RESTU UNTUK MAT MONGGOL BUBAR PARLIMEN...!!!

Kah...Kah...CUMA MAT MONGGOL RASA TERKILAN SIKIT BILA UMNO KELANTAN CONTENG ARANG PADA MUKANYA...!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...1 MALAYSIA MENGHARAPKAN PILIHANRAYA YANG TELUS DAN BERSIH...!!!

No comments:

Post a Comment