Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jun 20, 2010

MB Mahkamah Memang Tidak Berkat.....!!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan membuat rombakan Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini kerana desakan kuat dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang senior daripada kalangan Umno yang tidak berpuas hati dengan suasana yang ada ini termasuk dengan kemasukkan ADUN Bebas yang sudah bertambah sekarang.

Datuk Seri Zambry sudah tentu merasakan bahawa kebanyakkan ADUN yang sedia ada bukan daripada pasukannya kerana ianya ialah pilihan daripada bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak sebelum meletak jawatan ketika Umno / BN Perak tewas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 yang lalu.

ADUN Kubu Gajah seperti Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang selayaknya sebagai Exco Sukan kerana pengalamannya sebagai orang kuat sukan tidak mustahil akan diketengahkan. Manaka ADUN Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz yang sebelum ini diwar-warkan akan dilantik sebagai Exco Agama juga tidak kesampaian. Ditambah pula dengan ADUN Bota, Dato' Mohd Nasharuddin Hashim yang pernah membuat kontroversi dengan melompat parti juga perlu diberikan perhatian serius.

Sudah tentu Datuk Seri Zambry tidak mahu mengambil risiko yang besar jika benar terdapat ADUN Umno yang tidak berpuas hati dengannya. Jika keadaan masih kekal, bermakna Datuk Seri Zambry telah tidak prihatin terhadap suara ADUN-ADUN Umno yang senior dan masih tidak diberikan peluang olehnya.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Nota :

Kita dapat lihat samada pemerintahan sesebuah negeri itu berkat atau tidak...
semua benda yang di rancang semuanya tidak menjadi...
Buat itu tak kena..buat ini pun tak kena..
Itulah musibah bila bersikap tamak haloba...
Suara rakyat adalah suara keramat...
Tanamkan iltizam bahawa kerajaan lantikan mahkamah akan di hancurkan tidak lama lagi...

No comments:

Post a Comment