Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 18, 2010

Geleng-Geleng..Angguk..Angguk.....!!!

EDITOR MEDIA BUKAN LEMBU UMNO – Harakah Daily

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menasihatkan Najib Razak supaya tidak ‘melembukan’ media-media arus perdana.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan kerajaan melarang editor-editor terbabit menggunakan terminologi 'barang naik' ketika melaporkan berita berhubung kenaikan harga barangan asasi rakyat, seperti yang didedahkan Malaysiakini semalam.

"Editor media-media ini bukannya 'lembu Umno', jangan lembukan media-media yang selama ini masih sokong kerajaan," ujar beliau malam tadi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'rasionalisme subsidi' dan 'penyelarasan harga' semata-mata untuk membendung kemarahan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

"Najib guna terma-terma ini semua sebab dia mahu ‘melembukan’ rakyat, dia takut rakyat terus mengecam pentadbiran dia," ujar beliau sambil mengajak rakyat dan kakitangan kerajaan memulakan protes secara senyap terhadap pentadbiran Najib.

Katanya lagi, tindakan Najib merampas RM570 juta subsidi daripada rakyat sebagai tindakan mementingkan diri sendiri.

--------------------------------------------------------------
Woitttt.... INI SUDAH BAHAYA.....SUDAH BANYAK SANGAT LEMBU YANG BERKELIARAN....!!!

Kah...Kah...ADA LEMBU UTUSAN....ADA LEMBU HARIAN.....ADA LEMBU RTM.....!!!

Kah...Kah...ADA LEMBU STAR....LEMBU MALAY MAIL.....!!!

Kah...Kah...KALAU ADA IBU LEMBU...MESTI ADA ANAK LEMBU...!!!

Kah...Kah...ANAK LEMBU MACAM TV3, NTV7, BERNAMA TV.......!!!

Kah...Kah...BILA ADA ANAK LEMBU..DAH TENTU ADA CUCU LEMBU...!!!

Kah..Kah....CUCU LEMBU TERDIRI DARI PERKASA..GERTAK...GPMS..DAN BANYAK LAGI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...BILA DAH JADI LEMBU...IKUT SUKA TUANNYA NAK TARIK KEMANA...KETEPI..KEKANAN...LEMBU HANYA IKUT SAJA...!!!

No comments:

Post a Comment