Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 18, 2010

Permintaan Suami Kepada Isteri....

Suami Najib Sedang Bermesra Dengan Isterinya...!!!

Rosmah minta kementerian kewangan biayai wisma wanita -MKini

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.

Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.

"Wisma Wanita mampu dijadikan sebagai pemangkin bagi meningkatkan lagi pembangunan dan kemajuan kaum wanita.

"Ini adalah kerana kaum wanita memainkan peranan yang cukup penting sebagai isteri, ibu dan anak dalam memikul tanggungjawab kepada masyarakat dan negara dan mereka wajar dihargai," katanya ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan.

Rosmah juga berkata Wisma Wanita boleh berfungsi sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Mengenai Wisma Wanita Sabah, beliau berharap bangunan yang dibina atas tanah seluas dua hektar itu turut dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, bangunan itu turut menempatkan penjualan produk kraftangan berkualiti oleh wanita Sabah yang boleh dijadikan cenderamata untuk pelancong.

"Adalah diharapkan melalui peluang ini, para usahawan wanita tempatan akan lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti yang boleh dipasarkan mengikut kadar berpatutan," katanya.

Di samping itu, beliau berkata kewujudan Galeria Wanita di bangunan tersebut, yang mempamerkan maklumat mengenai pembangunan dan pencapaian wanita Sabah, juga mampu menjadi daya tarikan pengunjung.

Bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 dengan peruntukan RM18.725 juta oleh kerajaan negeri.- Bernama

Nota :

Di saat rakyat sedang berhadapan dengan beban kenaikkan harga barang...
Isteri Perdana Menteri lebih berminat untuk mengarahkan Kementerian Kewangan supaya membina bangunan untuk kaum wanita....
Rakyat yang susah mesti sedih bila membaca berita seperti ini....
Bagi wanita khususnya para ibu tunggal..mereka bukanlah mahu kan bangunan...
Yang penting mereka dapat di bela dengan sebaiknya....
Sedih seribu kali sediah...Bagi wanita di luar sana...tepuk dada tanya hati nak pangkah apa...!!!

No comments:

Post a Comment